00:00Venezuela sahkan telah menjalankan tindakan bersama pasukan Amerika Syarikat dalam operasi menjejaki ketua kumpulan jenayah Venezuela, dikenali sebagai Trent de
00:10Aragua, Hector Rustenford Guerrero Flores.
00:14Kementerian Penerangan Venezuela dalam kenyataannya berkata, operasi berkenaan menyaksikan pertempuran dengan anggota kumpulan jenayah tersebut, di mana Guerrero berjaya dilumpuhkan
00:25dalam serangan berkenaan.
00:29Operasi tersebut turut melibatkan sokongan teknologi khusus serta dilaksanakan menerusi kerjasama dan perkongsian risikan antara pihak berkuasa kedua-dua negara.
00:38Pada Sabtu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump maklumkan bahawa pasukan negaranya telah melaksanakan serangan yang mengorbankan Guerrero.
00:46Menurut Trump, tindakan itu diselaras rapat bersama pihak Venezuela.
00:50Pentadbiran Trump semenit ini berulang kali mengenakan sekatan terhadap Guerrero serta beberapa pemimpin lain dalam Trent de Aragua atas dakwaan
00:59terlibat dalam aktiviti jenayah seperti penyelurupan dada, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram.
01:06Manakala, Jabatan Negara Amerika Syarikat turut mengklasifikasikan Trent de Aragua sebagai organisasi pengganas asing.
01:13Selain itu, Trump juga mendakwa kumpulan tersebut menyelaras aktiviti mereka di Amerika Syarikat dengan kerajaan Venezuela pemimpinan Presiden Nicholas Maduro.
01:22Kumpulan jenayah Trent de Aragua dikenali kerana terbabit dalam rangkaian pemerdagangan manusia serta mengawal laluan yang digunakan oleh rakyat Venezuela
01:30dan pendatang Amerika Selatan lain menuju ke Chile dan desinasi lain di Amerika Selatan mahupun Eropah.
01:36Guerrero sebelum ini dilaporkan melarikan diri dari penjara Tocoron di Venezuela bersama beberapa pemimpin kumpulan lain sejurus sebelum serbuan polis
01:44pada tahun 2023.
Comments