00:00Baik Barisan Nasional BN akan menggerakkan seluruh jentera parti bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri
00:07Sembilan sebagai usaha memperkukuh kedudukan gabungan itu dalam landscape politik negara.
00:13Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunan BN yang berlangsung di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor pada Sabtu.
00:23Setiap usaha agung BN, Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata, fokus kini adalah memastikan kesiapsiagaan jentera di kedua-dua negeri
00:32menjelang PRN yang akan datang.
00:34Menurut beliau, BN turut memuktamadkan pendirian untuk menggunakan logo dacing dalam menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.
00:42Bagi pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan menjadi fokus utama Barisan Nasional dengan seluruh jentera parti digerakkan secara menyeluruh
00:56bagi memastikan kemenangan.
00:58Yang kedua, Barisan Nasional akan terus memperkukuhkan kesatuan dalam parti komponen Barisan Nasional dan Friends of Barisan Nasional demi menjamin
01:13kestabilan politik dan membina pentadbiran yang diyakini rakyat.
01:18Dalam masa sama, BN bersetuju memperkenalkan keahlian langsung sebagai langkah menarik penyertaan golongan profesional anak muda dan masyarakat umum.
01:27Zamri turut menegaskan komitmen BN untuk terus menyokong kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal bagi memastikan kestabilan politik serta keyakinan pelabur
01:36kekal terjamin.
01:39Suruhan jaya pilihan raya SPR sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun dengan pengundian pada
01:4711 Julai.
01:48Manakala hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai diikuti hari mengundi pada 1 Ogos.