Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
AS dan Pakistan jangka perjanjian damai dengan Iran ditandatangani, namun Tehran minta tidak tergesa-gesa.
Transcript
00:00Baik, Amerika Syarikat dan Pakistan maklumkan satu perjanjian awal untuk menamatkan konflik di Asa Barat dijangka ditandatangani pada hari ini.
00:08Bagaimanapun, Iran menafikan ia akan berlaku dalam tempoh terdekat.
00:11Perdana Menteri Pakistan, Syedah Syarif berkata, kedua pihak telah bersetuju dengan satu rangka kerja asas bagi perjanjian damai dan persiapan
00:19sedang dibuat bagi menandatangani dokumen itu secara elektronik.
00:26Menurut beliau, rundingan teknikal susulan juga dijadual berlangsung dalam masa terdekat bagi memperincikan butiran perjanjian tersebut.
00:34Trump turut mengesahkan perkara itu dalam hantaran media sosial beliau dengan menyatakan perjanjian bersama Iran dijangka dimeterai pada ahad.
00:42Beliau turut berkata, selat hormus yang sebelum ini terkesan akibat konflik akan dibuka semula sepenuhnya kepada semua laluan perdagangan sebaik
00:51saja perjanjian ditandatangani.
00:53Bagaimanapun, jurus cakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baki memberi amaran agar semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai waktu sebenar pementerian
01:01perjanjian tersebut.
01:03Kenyataan bercangkai itu mencerminkan ketidaktentuan yang masih wujud dalam rundingan damai antara kedua-dua negara walaupun terdapat perkembangan yang positif.
Comments

Recommended