Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Semua SMT kini di bawah BPSBP dan dikenali SBP-T, langkah strategik KPM memperkasa TVET serta melahirkan pelajar STEM berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri negara.
Transcript
00:00Semua sembilan sekolah menengah teknik SMT di seluruh negara kini secara rasmi diserahkan kepada bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh BPSBP,
00:10Kementerian Pendidikan KPM.
00:12Menteri Pendidikan Fadrina Siddiq berkata, langkah berkenaan bukan sekadar satu perpindahan operasi biasa, sebaliknya satu langkah strategik yang dirancang dengan
00:22teliti bagi memartabatkan agenda pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVAP.
00:30Beliau berkata menerusi penstrukturan baharu itu, SMT kini dikenali sebagai sekolah berasrama penuh teknikal atau SBPT yang memberi fokus kepada
00:38kecemerlangan akademik dan teknikal berprestasi tinggi.
00:41Jelasnya, inisiatif ini sekaligus meletakkan status SBPT setaraf dengan sekolah-sekolah berasrama penuh SBP yang lain.
00:48Fadrina turut menegaskan peranan SBPT akan terus diperkasakan bagi memastikan institusi tersebut mampu melahirkan modal insan yang cemelang dalam bidang
00:56sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerjumlahi negara pada masa hadapan.
01:03Pengurusan SMT sebelum ini adalah di bawah bahagian pendidikan dan latihan teknikal dan vocational BPLTV.
01:09Penstrukturan berkenaan dijangka menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkat kualiti pendidikan teknikal, memperkukuh pembangunan bakat serta melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran
01:18tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara pada masa hadapan.
Comments

Recommended