00:00Menteri-Menteri Luar Negara Teluk berkumpul di Bahrain bagi membincangkan peningkatan ketegangan serantau susulan serangan ke atas Bahrain, Kuwait dan
00:08Jordan yang didakwa dilakukan oleh Iran.
00:10Dalam kenyataan selepas mesyuarat itu, Majlis Kerjasama Teluk GCC mengutuk keras serangan drone dan peluru berpandu balistik yang disifatkan sebagai
00:18pelanggaran kedalatan serta undang-undang antarabangsa.
00:21Blok serantau itu turut menyatakan solidariti penuh terhadap ketiga-tiga negara berkenaan dan menegaskan bahawa keselamatan negara anggota adalah tidak
00:29boleh dikompromi.
00:31Menurut kenyataan itu, sistem pertahanan bersama termasuk pertahanan udara GCC sedang digunakan bagi menangani ancaman tersebut.
00:38GCC juga menegaskan hak setiap negara anggota untuk mempertahankan diri secara individu dan kolektif selaras dengan Artikel 51 Piagam Pertubuhan
00:47Bangsa-Bangsa Besar itu.
00:48Pada masa sama, para menteri luar menggesa komuniti antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB supaya mengutuk serangan tersebut serta mengambil tindakan
00:57terhadap pihak yang bertanggungjawab.
00:59Walaupun mengecam serangan, GCC turut mengulangi komitmen untuk mencari penyelesaian diplomatik serta mengekalkan kestabilan di rantau Asia Barat.
01:08Mesyuarat itu mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan serantau ketiga ketegangan antara Iran dan beberapa negara diteluk terus memucap.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments