Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Donald Trump mendakwa operasi rahsia AS berjaya bantu lebih 100 juta tong minyak melalui Selat Hormuz.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa lebih 100 juta tong minyak berjaya melalui selat hormus hasil satu operasi rahsia ketenteraan
00:08yang dilaksanakan bagi membantu kapal tangki dan kapal komersial.
00:12Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beliau telah mengarahkan tentera untuk melaksanakan misi itu bulan lalu, susulan kebimbangan
00:19terhadap gangguan laluan perdagangan utama tersebut.
00:22Trump terus mendakwa kejayaan operasi tersebut membuktikan bahawa Amerika Syarikat mengawal selat hormus bukannya Iran.
00:27Beliau juga menegaskan misi tersebut berjaya memastikan laluan perdagangan tenaga global terus berfungsi meskipun ketegangan meningkat di Asia Barat.
00:36Bagaimanapun, kenyataan terang mengenai kawalan sepenuhnya terhadap laluan itu berpotensi meningkatkan ketegangan geopolitik di rantau berkenaan.
Comments

Recommended