Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tokyo pada Isnin bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri, Sanae Takaichi.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira jam 8.20 malam waktu tempatan.

Transcript
00:00Mena Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Tokyo untuk lawatan rasmi tiga hari di Jepun atas jemputan
00:07rakan sejawatannya Perdana Menteri Sanae Takechi.
00:10Pesawat khas yang bawa beliau mendarat di lapangan terbang antarabangsa Haneda kira-kira jam 8.20 malam Isnin waktu tempatan.
00:19Perdana Menteri diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Gali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven
00:27Sim serta Pegawai Kanan Kerajaan.
00:29Sepanjang lawatan, beliau dijadual menerima sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun sebelum mengadakan mesyuarat dua hala selain membincangkan pelbagai
00:37isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
00:41Kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan pemeteraian empat memorandum persefahaman dan dua surat hasrat dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau,
00:49kesihatan, peralihan tenaga, alam sekitar serta pendidikan tinggi.
00:53Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan syarahan khas di Universiti Tokyo bertajuk Humanity in a Human Machine Civilization dan menyampaikan ucap
01:02pertama pada persidangan antarabangsa Nikkei ke-31 bertemakan Navigating Strategic Uncertainty.
01:09Beliau juga akan mengadakan sesi meja bulat bersama tokoh perniagaan dan ketua industri Jepun serta pertemuan dengan beberapa syarikat utama
01:17negara itu dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.
01:21Lawatan rasmi sulung Anwar ke Jepun sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022 itu berlangsung menjelang sambutan ulang tahun
01:29ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun pada tahun hadapan.
Comments

Recommended