00:00Lubnan dan Israel akan mengadakan pusingan baharu rundingan di Washington pada 22 Jun ini
00:06dengan tumpuan kepada pengunduran tentera Israel dari sebuah zon perintis.
00:10Media antarabangsa melaporkan, Lubnan akan menghantar delegasi ketenteraan ke mesyuarat berkenaan
00:15memandangkan kepentingan isu tersebut.
00:20Tentera Israel dijangka berundur dari zon perintis itu dengan penyelarasan bersama tentera Lubnan
00:25yang turut akan melaksanakan pelan kawalan senjata di kawasan tersebut.
00:30Sebelum ini, Israel mendolak daerah Bin Jibel sebagai zon perintis pertama dan menggantung rundingan berkaitan perkara itu.
00:37Bagaimanapun, kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju mempertimbangkan kawasan Nabatiyah sebagai alternatif yang berpotensi.
00:44Sejak kebelakangan ini, Israel dan Lubnan mengadakan rundingan setara langsung mengenai keselamatan sempadan
00:49serta beberapa isu lain dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai pengantara.
00:54Namun, kedua-dua pihak masih mempunyai perbezaan ketara berhubung isu pasukan bersenjata Hezbollah
00:59serta pengaturan gencatan senjata.
01:02Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas rundingan terdahulu,
01:06kedua-dua pihak bersetuju mempercepatkan penubuhan zon perintis yang akan berada di bawah kawalan penuh tentera Lubnan.
Comments