00:00Tindakan seorang lelaki mengugut untuk mencincang dan membunuh ibu saudaranya membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah
00:10Magistrat Aikero Melaka pada Khamis.
00:12Magistrat Syarda Shinha Mohamad Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yusri Yahya, 57 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan
00:23dibacakan.
00:24Mengikut pertuduhan, nelayan itu didakwa dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa berusia 73 tahun dengan mengancam untuk mencincang dan
00:35membunuhnya di Batu 9 Pantai Kundur, Tanjung Kling kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mei lalu.
00:42Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
00:52jika sabit kesalahan.
00:54Berdasarkan fakta kes, tertuduh dikatakan tidak berpuas hati selepas ditegur oleh ibu saudaranya kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
01:03Susulan itu, dia datang ke rumah warga emas berkenaan dengan membawa sebatang besi sebelum mengugut untuk mencincang dan membunuh mangsa.
01:11Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan YBGK, Muhammad Izzuddin Abdul Malik yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman penjara minimum dikenakan
01:22kerana anak guamnya telah mengakui kesilapan yang dilakukan.
01:26Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Shaza Nur Sharif memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal telah hadap tertuduh.
01:34Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh tangkap pada 4 Mei lalu.
01:42Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments