Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Konflik Asia Barat kembali cetus kebimbangan bekalan minyak global ketika Malaysia menilai potensi biodiesel sawit B100 sebagai alternatif tenaga negara.
Transcript
00:08Konflik di Asia Barat yang semakin memuncak sejak serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sejak 28 Februari
00:16lalu,
00:16kembali mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan minyak global.
00:21Insiden ini menekan banyak negara terutamanya apabila laluan minyak utama dunia ditutup.
00:26Laporan khas ini meneliti semula potensi industri sawit negara melalui biodiesel sebagai antara pilihan bagi memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia ketika
00:37dunia terus berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga.
00:54B100, adakah ia sekadar alternatif ataupun talian hayat baharu untuk bekalan tenaga negara?
01:01Demi mastikan industri otomatif dapat menjana ekonomi seiring dengan kenderaan di jalan raya.
01:07Sama-sama kita saksikan.
01:12Penggunaan minyak dunia kini mencecah 104 juta tong sehari manakala gangguan diselan Hormus menjejaskan 10 hingga 14 juta tong perhantaran
01:22minyak setiap hari.
01:27Ketidaktentuan itu kembali membuka perbincangan mengenai keperluan Malaysia mencari sumber tenaga alternatif yang lebih terjamin antaranya biodiesel.
01:35Pada Mac 2025, FGV Biotechnologist melancarkan B100 yang diuji selama 15 bulan dalam operasi sebenar termasuk di lebuh raya dan
01:45kawasan bandar bagi menilai keberkesanannya.
01:47Dari segi pengalaman pemanduan, kenderaan stabil dan lancar.
01:53Jadi inilah bukti bahawa biodiesel sawi ini bukan hanya terhad kepada adunan tertentu sebab dalam pasaran sekarang ada B10 atau
02:02B20.
02:03Tetapi ia juga ada potensi untuk digunakan pada tahap yang lebih tinggi sebagai bahan api.
02:10Namun beliau berpendapat penggunaan B100 tetap perlu dilihat secara realistik memandangkan keseluruhan ekosistem otomotif dunia sejak awal dibangunkan berasaskan diesel
02:21konvensional.
02:22Jelasnya perbandingan antara B100 dan diesel konvensional perlu dibuat secara berperingkat serta berasaskan data termasuk melalui kerjasama dengan industri otomotif
02:31bagi menilai kesesuaian pelbagai jenis engine.
02:34Kami di FGV mengaluh-aluhkan jika ada pihak otomikus yang nak bekerjasama dalam kami untuk eksplorasi untuk B100 dalam pelbagai
02:46jenis engine.
02:48Malaysia menghasilkan sekitar 20 juta ton metrik minyak sawit setahun dengan kira-kira 3 juta ton metrik digunakan bagi sektor
02:56makanan, lebih 15 juta ton metrik diekspor ke luar negara.
03:00Manakala penggunaan untuk biodiesel pula masih di bawah 1 juta ton metrik setahun.
03:06Saya jangkakan dengan peningkatan ke B15 yang akan berlangsung dalam masa terdekat, jadi dia bukan full year kan.
03:16Mungkin stretch dia 1.4 juta ton metrik sahaja, jadi itu kurang lebih dalam 6% daripada keseluruhan pengeluaran Malaysia.
03:26Jadi saya tak nampak ini akan memberi sebarang tekanan sebab kita hanya kurangkan ekspor sahaja.
03:38Manakala penganalisis industri otomotif Hezri Samsuri berpandangan, perubahan kepada campuran biodiesel lebih tinggi tidak boleh dilakukan secara mengejut.
03:48Ini kerana kebanyakan engine diesel di negara ini masih dibangunkan berdasarkan penggunaan campuran biodiesel pada kadar lebih rendah seperti B10.
03:56Kita perlu bagi masa kepada industri untuk mengubah landscape yang ada sekarang ini.
04:01Ini bermakna produk-produk yang mereka nak kenalkan di masa yang akan datang boleh menerima biodiesel yang lebih tinggi tahapnya.
04:10Dia tak boleh macam sekarang drop the bomb cakap terus nak pergi ke B15, B20 yang itu tak boleh kerana
04:16ada banyak pengguna kenderaan-kenderaan diesel yang lama dan engine mereka tidak sesuai untuk B10 pun ada.
04:22Beliau turut berpandangan penggunaan B100 pada skala besar masih memerlukan penelitian lebih mendalam memandangkan tiada engine diesel khusus untuk penggunaan
04:32biodiesel sepenuhnya dalam masa yang lama.
04:34Bukan semudah itu kerana engine-engine ini perlukan talaan yang istimewa yang khusus untuk penggunaan bahan api biofuel daripada sawit.
04:46Namun ketika dunia terus berdepan ketidaktentuan bekalan minyak, persoalannya kini bukan lagi sama ada Malaysia perlu mencari alternatif tenaga tetapi
04:55sejauh mana negara benar-benar bersedia menggunakannya pada skala lebih besar.
04:59Dalam episod seterusnya, Astro Awani meneliti cabaran dan kesediaan industri otomotif negara telah menghadapi penggunaan biodiesel pada tahap lebih tinggi.
05:09Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended