Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pendaki wanita yang hilanghs ejak 23 Mei lalu Jaslinda Saludin menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan dan sentiasa mendoakan keselamatannya sepanjang kehilangan beliau.
Transcript
00:00Pendaki wanita Jaslinda Saludin yang ditemui selamat selepas dua minggu hilang di Gunung Batu Putih
00:06mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa mendoakan keselamatannya.
00:11Dalam masa sama, Jaslinda memohon maaf kerana menyusahkan rakyat Malaysia.
00:23Itu ungkapan ringkas yang diucapkan Jaslinda sebaik dibawa menaiki Ambulans Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan EMRS
00:32di kampung Lubuk, Gaharu, Pos Musuh pada Sabtu.
00:36Jaslinda yang kelihatan lemah sangat menghargai usaha pasukan penyelamat serta seluruh rakyat Malaysia
00:41yang tidak putus-putus mendoakan dirinya.
00:45Sementara itu, suaminya Hazman Uthman, 61 tahun, menzahirkan rasa syukur di atas penemuan istrinya.
01:05Hazman berkata dari awal lagi dia percaya istrinya masih selamat kerana Jaslinda, seorang wanita yang kuat dan cekal.
01:12mengenai rancangan untuk membawa balik istrinya, lelaki itu berkata mereka masih menunggu laporan polis.
Comments

Recommended