Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menurut laporan Anadolu Ajansi, Hamas menerusi satu kenyataan memaklumkan delegasi itu diketuai Khalil al-Hayya, ketua Hamas di Gaza dan juga ketua pasukan perunding kumpulan berkenaan.
Transcript
00:00Delegasi kanan kumpulan Hamas tiba di Kahairah, Mesir pada Jumaat bagi mengadakan rundingan dengan pegawai Mesir mengenai pelaksanaan Fasa Pertama
00:08Perjanjian Gencatan Senjata di Semenanjung Gaza serta mekanisme untuk memasuki Fasa Kedua.
00:14Menurut laporan Anadulu Agensi, Hamas menerusai satu kenyataan memaklumkan delegasi itu diketuai Khalil Al-Hayah, Ketua Hamas di Gaza dan
00:23juga Ketua Pasukan Perunding Kumpulan Berkenaan.
00:28Delegasi itu akan mengadakan pertemuan dengan pegawai Mesir dan pihak pengantara bagi memuktamadkan pelaksanaan Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata.
00:37Selain menghentikan serangan berulang, Israel di Semenanjung Gaza dan mewujudkan mekanisme sesuai untuk memasuki Fasa Kedua Perjanjian.
00:46Mereka juga akan bertemu puak dan kumpulan Palestine bagi membentuk pendirian nasional yang bersatu dalam pelbagai isu serta mencapai kata
00:54sepakat mengenai cara menangani cabaran dihadapi rakyat Palestine.
00:59Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata merangkumi penghentian pertempuran dan pertukaran tahanan antara Israel dan puak Palestine.
01:06Bagaimanapun, sumber Palestine mendakwa Israel terus melanggar perjanjian itu hampir setiap hari.
01:12Di bawah Fasa Kedua, Israel dijangka melaksanakan pengunduran lanjut dari wilayah itu.
01:18Manakala pasukan penstabil antarabangsa akan mengambil alih tanggungjawab keselamatan termasuk memudahkan penghantaran bantuan, kemanusiaan dan bahan pembinaan semula.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended