Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menurut Centcom, tindakan ketenteraan itu menyusul selepas Tehran menyasarkan tujuh peluru berpandu balistik ke arah Kuwait dan Bahrain.
Transcript
00:00Tentera Amerika Syarikat mendakwa memintas peluru berpandu balistik dan drone yang dilancarkan Iran ke arah Selat Hormuz dan Rantau Teluk.
00:08Menurut Sankom, tindakan ketenteraan itu menyusul selepas Iran menyasarkan tujuh peluru berpandu balistik ke arah Kuwait dan Bahrain.
00:15Ia dilancarkan beberapa jam selepas Washington menembak jatuh empat drone Iran di Selat Hormuz.
00:21Tambahnya sebagai langkah mempertahankan diri dan menyekat serangan lanjut,
00:24tentera Amerika melancarkan serangan balas ke atas tapak radar pengawasan pantai Iran yang terletak di Goruk dan Pulau Qashem.
00:31Menurut Sankom lagi, enam daripada peluru berpandu dilancarkan Iran berjaya dipintas.
00:36Bagaimanapun peluru berpandu ketujuh dilaporkan gagal mengenai sasaran.
00:40Pada masa sama, pihak tentera Iran mengesahkan bahawa Amerika telah melaksanakan serangan udara pada awal pagi Sabtu ke atas Pulau
00:47Sirik dan Pulau Qashem.
00:54Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended