Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pengiktirafan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkukuhkan menerusi penubuhan Badan Pensijilan dan Pengiktirafan TVET bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi standard industri serta keperluan tenaga kerja masa depan.
Transcript
00:00Pengiktirafan terhadap pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET perlu diperkukuhkan menerusi penubuhan badan pensijilan dan pengiktirafan TVET.
00:09Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia penting bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi standar industri serta
00:17keperluan tenaga kerja masa depan.
00:23Kerana MQA yang ada di Kementerian Pendidikan Tinggi itu memberikan tumpuan kepada bidang akademik, JPK di pihak kesemua memberikan tumpuan
00:34kepada kemahiran.
00:34Yang terbaiknya ialah kerana kita mempunyai 1,395 institusi TVET, lebih baik jika akreditasi itu dibuat oleh satu badan khas
00:45tanpa menganggu akreditasi yang dilakukan oleh MQA dan JPK yang ada sekarang.
00:51Dan ini sama dengan standar yang dilakukan oleh beberapa negara maju di mana kita dapati bahawa negara-negara berkenan mempunyai
01:01separate body for akreditasi.
01:03Dan ini boleh diikuti oleh Malaysia.
01:08Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Industri Berimpak Tinggi Anjuran Badan Penyelarasan TVET Kerajaan Industri, GITC, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia,
01:20FMM di Putrajaya pada Sabtu.
01:22Dalam masa sama beliau menjelaskan, penubuhan badan berkenaan tidak semestinya memerlukan penambahan tenaga kerja baharu kerana kepakaran sedia ada dalam
01:31MQA dan JPK boleh dimanfaatkan bagi mengendalikan aspek akreditasi TVET.
01:37Sementara itu katanya, Persekutuan Penghilangan Malaysia, FMM mempunyai kira-kira 13,000 syarikat anggota di mana 10,000 daripadanya sudah
01:46mendalam tangani Memorandum Perjanjian MOA dengan Majlis TVET Negara.
01:50Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended