Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Sebuah dron laut meletup pada Jumaat di Pelabuhan Constanta di Laut Hitam, Romania ketika pihak berkuasa memeriksa peranti itu selepas ia dibawa ke darat, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
Transcript
00:00Sebuah drone laut meletup di Pelabuhan Konstanta di Laut Hitam, Romania ketika pihak berkuasa memeriksa peranti itu selepas ia dibawa
00:08ke darat.
00:09Menurut Antena 3CNN, Perkhidmatan Perisikan Romania, Pengawal Pantai dan Kementerian Pertahanan Negara telah mengawal serta mengasingkan kawasan berkenaan,
00:18manakala pakar sedang menilai dan cuba memastikan objek itu selamat apabila letupan berlaku.
00:24Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Pihak berkuasa mengosongkan kawasan sekitar sebagai langkah berjaga-jaga dan melancarkan siasatan terhadap insiden
00:34itu.
00:35Pegawai Romania berkata drone laut itu menyerupai drone yang digunakan dalam serangan di Ukraine.
00:41Mereka turut menegaskan peranti itu bukan sebahagian daripada peralatan ketenteraan Romania dan tidak terlibat dalam latihan anjuran Kementerian Pertahanan baru
00:50-baru ini.
00:51Drone itu dilaporkan ditemukan dan dibawa keluar dari laut sebelum dibawa ke pelabuhan.
00:57Pihak berkuasa Romania masih belum mendedahkan asal-usul drone itu atau bagaimana ia boleh sampai ke pesisir negara berkenaan.
01:05Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!

Recommended