Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Pelaksanaan tarif air baharu di Pulau Pinang yang bermula 1 Julai ini tidak boleh ditangguh kerana ia penting untuk memastikan pelbagai projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur dapat dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan bekalan air. Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, keuntungan yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang ketika ini tidak mencukupi untuk membiayai pelbagai projek berskala besar yang dirancang bagi memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.
Transcript
00:00Pelaksanaan tarif air baru di Pulau Pinang yang bermula 1 Julai ini tidak boleh ditangguh bagi memastikan pelbagai projek pembangunan
00:07dan naik taraf infrastruktur.
00:09Dapat dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan bekalan air.
00:12Pengurusi Jawatan Kuasa Pengangkutan Infrastruktur dan Digital Negeri Zairil Khir Johari berkata,
00:18keuntungan yang direkodkan perbadanan bekalan air Pulau Pinang ketika ini tidak mencukupi.
00:22Jelas beliau kesannya akan menyukarkan usaha membayai pelbagai projek berskala besar yang dirancang bagi memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.
00:33Antara projek yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pembinaan loji rawatan air LRA mengkuang 2 LRA baharu di Sungai Krian
00:42berkapasiti 80 juta liter sehari MLD dan 114 MLD.
00:48Projek pengambilan air mentah di Sungai Perai dan Sungai Muda serta pegantian pipe lama.
00:53Pada Khamis, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bakal melaksanakan kadar tarif air baharu bagi pengguna domestik dan bukan domestik mulai
01:021 Julai ini selepas pelaksanaannya ditangguhkan selama 12 bulan.
01:06Pelarasan itu membabitkan 82% pengguna domestik atau isi rumah yang menggunakan 38 meter padu air atau kurang setiap bulan
01:15dengan kenaikan 8.5 sen atau RM2.55 sebulan.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended