Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan kepada usaha memulihkan ekonomi negara dan menyelesaikan masalah rakyat sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Transcript
00:00Pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan meskipun persiapan menghadapi pilihan raya negeri PRN Johor dan negeri sembilan
00:10kini semakin rancak.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menggesa pimpinan kerajaan agar memberi fokus kepada isu ekonomi dan kebajikan
00:19rakyat supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
00:23Apabila laporan semalam kita buat sedaya upaya kita walaupun untuk Johor itu dia notis yang singkat pada masa itu saya
00:35menyeru rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan untuk tumpu soal ekonomi, masalah rakyat.
00:43Masalah kita ada masa biar tumpu 2-3 bulan ini betul-betul pulihkan balik kemudian pilihan raya.
00:50Beliau berkata demikian kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Pucung.
00:56Sebelum ini Menteri Besar Johor telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Dun Johor pada 1 Jun lalu.
01:03Manakala semalam Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pula mengumumkan pembubaran Dun Negeri tersebut
01:10yang menyaksikan PRN bakal dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
01:16Mengulas mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini, Anwar berkata perbincangan turut tertumpu kepada usaha memperkukuh jentera parti
01:24sebagai persediaan menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
01:31Terima kasih.
Comments

Recommended