- 15 minutes ago
Titah Seri Paduka Baginda: Perpaduan adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara.
Untuk membincangkan kepatuhan kita sebagai rakyat kepada Rukun Negara seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, bersama saya ketika ini ialah Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz, pakar perundangan dan perlembagaan.
Untuk membincangkan kepatuhan kita sebagai rakyat kepada Rukun Negara seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, bersama saya ketika ini ialah Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz, pakar perundangan dan perlembagaan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim pada istilah bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip rukun negara tidak
00:07layak digelar sebagai warga negara Malaysia.
00:09Sri Paduka baginda bertitah rukun negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970.
00:15Merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.
00:24Yang di-Pertuan Agung bertitah setiap rakyat harus bersatu hati bertolak ansur dan saling hormat menghormati serta berpegang teguh kepada
00:33prinsip rukun negara.
00:35Dan ditah Sri Paduka baginda perpaduan adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan juga kestabilan negara.
00:44Jadi untuk kita membincangkan perkara ini untuk melihat bagaimana sejauh mana kepatuhan kita sebagai rakyat Malaysia kepada rukun negara seperti
00:54yang dititahkan Sri Paduka baginda.
00:56Pada ketika ini saya nak bersama dengan Prof. Mahdia Datuk Dr. Syam Rahayu Aziz.
01:02Prof. Datuk adalah pakar perundangan dan juga pakar perlembagaan. Assalamualaikum Prof. Apa khabar?
01:07Apa khabar?
01:08Alikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
01:10Syukur, sihat. Alhamdulillah.
01:11Prof. Mungkin sebagai permulaan sedikit komen dan juga sedikit ulasan Prof.
01:17Sejauh mana kita melihat kepada prinsip rukun negara itu sendiri kerana banyak perbincangan mengatakan prinsip rukun negara boleh dianggap sebagai
01:26roh Perlembagaan Persekutuan
01:27walaupun ia sebenarnya bukan dokumen ataupun satu rang undang-undang ataupun dokumen undang-undang yang mengikat secara langsung.
01:36Tetapi dalam konteks kita nak menjunjung kasih Tita Sri Paduka baginda berkaitan dengan perlunya rakyat Malaysia berpegang kepada rukun negara
01:45dalam konteks sebagai rakyat Malaysia, Prof.
01:50Ya, seperti yang kita maklum dan kita tahui seluruh rakyat Malaysia atau warga negara Malaysia ni tahu bahawa rukun negara
01:59ni adalah fasafah ideologi negara dan diniatkan begitu.
02:04Ianya mempunyai peristiwa sejarah yang berbeza berbanding dengan perlembagaan persekutuan.
02:10Walaupun begitu tidak ada perbezaan dari segi ruh perlembagaan itu dan juga rukun negara.
02:18Sebab apa pertamanya seperti yang kita tahu rukun negara ini ialah bertujuan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
02:27Jadi perpaduan ini seperti yang dilafazkan, yang dititahkan oleh yang dipertuan agung merupakan satu perkara yang amat penting.
02:37Dan ia juga menampilkan prinsip ataupun hasrat, aspirasi perlembagaan itu sendiri supaya setiap warga negara yang berbeza latar belakang kita
02:51yang mempunyai beranikan ragam kepelbagaian ini boleh bersatu hati dan meletakkan kepentingan negara pada peringkat yang pertama.
03:00Dan menjadi perkara utama bagi sebuah negara. Jadi dalam konteks itu rukun negara juga menampilkan prinsip-prinsip yang sebenarnya mempunyai
03:13ruh dalam perlembagaan itu seperti
03:14pembangunan demokrasi yang kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
03:21Dan kemudiannya kita mahu mencipta masyarakat yang adil untuk bersatu padu, mencapai perpaduan, pastinya kita mempunyai sistem kehidupan, tata negara
03:31dan kenegaraan yang adil.
03:33Dan rukun negara juga memberikan kita peluang untuk mengimbangi keadilan sosial dan juga kemajuan negara.
03:43Walaupun ianya tidak dibawa atau tidak muncul semasa ataupun pada ketika perlembagaan itu dibuat, tapi saya percaya mereka yang menggubah
03:55rukun negara ini
03:56menghayati sepenuhnya sejarah dan juga pengisian perlembagaan persekutuan.
04:01Maka seluruh rakyat Malaysia, bahkan orang yang tinggal di negara kita, penduduk yang bukan warga negara juga,
04:08rendahlah menghormati rukun negara, bukan setakat memahami, menghormati dan juga menghayati rukun negara
04:15bagi mempastikan negara ini sentiasa berada dalam keadaan aman, sejahtera, stabil dari segi sosialnya
04:23dan juga boleh mencapai kedudukan yang baik dalam kehidupan sebagai sebuah negara.
04:32Walaupun Prof mengatakan secara prinsipnya, ya benar, rukun negara ini pada asas untuk menubuhkan pelbagai persekutuan itu
04:41tidak dibawa bersama, tetapi mungkin saya nak, kita nak merujuk juga kepada apa yang disebutkan oleh
04:47apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda. Individu yang tak mahu ikut prinsip rukun negara tidak layak di gelar warga
04:54negara.
04:54Jadi mungkin saya nak tanyakan, adakah tiba masanya ataupun adakah sepatutnya rukun negara diberi kedudukan yang
05:01lebih formal dalam sistem undang-undang? Misalnya sebagai tafsiran seperti apa yang disebutkan
05:09ataupun apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda sebagai syarat layakan warga negara itu sendiri?
05:15Prof.
05:17Perkara tentang meregalisasikan ataupun untuk menjadikan dalam bentuk perundangan rukun negara ini
05:26telah lama dibincangkan. Ada yang mencadangkan supaya rukun negara ini dijadikan sebagai mukaddimah
05:33ataupun preambul kepada Perlembagaan Persekutuan. Tapi pada saya tidaklah menjadi suatu yang ganjil
05:39untuk negara kita mempunyai rukun negara dalam bentuk bukan dalam bentuk undang-undang kerana pengisian
05:47dalam rukun negara itu juga sebenarnya telah menjadi undang-undang tanpa kita perlu menyatakan
05:55bahawa ia adalah sebahagian daripada Perlembagaan tapi ia sebenarnya seperti yang kita bincang tadi
06:01ia sebenarnya membawa ruh Perlembagaan itu sendiri. Apa yang penting di sini ialah kita mahu memahami
06:08dan menghayati. Melaksanakan apa yang kita lafazkan dalam rukun negara itu.
06:13Sedar tidak sedar mahkamah pernah mengambil maklum ataupun mengambil perhatian
06:19ataupun menjadikan rukun negara kepada asas kepada keputusan. Contohnya perbuatan yang tidak ada
06:25susila yang tidak sopan dan sebagainya dianggap sebagai suatu yang melanggar rukun negara.
06:31Dan kes di mahkamah menyatakan bahawa suatu perbuatan seperti berjudi itu contohnya
06:36adalah suatu perbuatan yang bukan amalan yang disokong ataupun yang didokong oleh rukun negara itu sendiri.
06:44Jadi walaupun ia sebenarnya memang tidak dijadikan dalam bentuk undang-undang tetapi ia adalah dalam bentuk
06:51ruh, asafah dan semangat atau ideologi negara yang mempunyai hubungan yang begitu jelas
06:57dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan kemudiannya rukun negara ini pernah diambil kira oleh mahkamah
07:03sebagai satu asas untuk menyatakan suatu perbuatan itu sebenarnya
07:08bercanggah dengan ideologi dan fasa-fah negara.
07:12Prof, saya nak merujuk kepada apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda pada Isden
07:18yang mana antara lain menyatakan melihat kepada semua pihak perlu mengambil iktibar
07:24sejarah hitam 13 Mei 1969 yang tercetus kerana ada pihak yang bertindak
07:31keterlaluan menghina orang lain, hilang rasa hormat kepada bangsa dan juga ketuanan negara ini
07:36dan 13 Mei ini antara lain Seri Paduka Baginda menitahkan antara lain yang menyuarakan adalah
07:42telah pun meruntuhkan perpaduan rakyat dan juga menghancurkan kestabilan negara.
07:47Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Jadi mungkin pada waktu ini pada hemat Prof
07:53mengambil iktibar daripada apa yang disebutkan, apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda
07:5813 Mei 1969 yang membentuk keperluan untuk rukun negara itu sendiri.
08:03Jadi sejauh mana trauma ataupun mimpi ngeri sejarah hitam yang berlaku itu masih lagi relevan
08:10perlu untuk kita bincangkan, perlu kita ambil iktibarnya dalam konteks Malaysia pada hari ini.
08:17Saya percaya keresahan akan berlaku sekiranya berlakunya perkecenderungan
08:25untuk menghasut kebencian dalam kalangan masyarakat. Jadi persoalan sama ada
08:31perlukah kita kembali ataupun merujuk balik peristiwa yang telah berlaku di negara kita sebelum ini.
08:37Saya percaya kita hendaklah sentiasa ingat bahawa perpaduan ini begitu rapuh
08:43kalau kita tidak memegang pada prinsip-prinsip rukun negara seperti yang dititahkan baginda
08:50sentiasa menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain, tidak membincangkan secara
08:59provokatif isu-isu yang sensitif seperti isu perkawaman, isu agama dan itu isu berkaitan
09:07dengan bangsa ataupun tentang kedudukan raja itu sendiri. Jadi perkara-perkara seperti ini
09:14terutamanya dalam dunia digital sekarang amat mudah untuk disentuh. Jadi pada saya
09:20peringatan itu adalah suatu peringatan yang dibuat oleh baginda sebagai ketua utama negara ini
09:26yang sayangkan negara dan mahukan negara ini, rakyatnya sentiasa aman dan sejahtera,
09:31bahagia dan berhubungan baik antara satu sama lain. Jadi walaupun kita ngeri
09:37mendengar contoh seperti tragedi berdarah 13 Mei tersebut namun kita perlu sematkan
09:44bahawa perkara itu pastinya tidak akan berulang lagi dan kita mahukan perpaduan yang
09:50lebih erat itu dan memelihara perpaduan ini dengan lebih jitu dan mempastikan kita
09:55tidak lagi menyentuh perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecenderungan
10:01untuk membenci antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat kita. Jadi kita
10:07hendaklah berusaha untuk tidak mengulangi sejarah yang kita tidak mahu berlaku itu
10:12dan kita harus mengetahui puncanya dan bagaimana mengatasi peristiwa itu supaya
10:18ianya tidak berlaku lagi. Jadi puncanya mungkin kerana bercakap tentang isu sensitif
10:24tanpa batasan dan mungkin keadaan semasa lebih memudahkan untuk seseorang
10:30atau warga negara itu menulis di media-media sosial tentang hal-hal yang sensitif tersebut
10:36dan mungkin juga sekiranya tidak diberi peringatan dan ia kita mungkin mudah lupa
10:43tapi saya percaya dengan peringatan ini ianya tidak akan berulang dan kita beri
10:50jaminan bahawa kita akan menjaga negara ini demi kedaulatan dan juga
10:56kesejahteraan negara pada masa akan datang.
10:59Mungkin yang terakhir sekali, sejauh mana padangan Prof sendiri untuk melihat
11:04kewajaran rukun negara dilihat bukan sekadar ikhras mata-mata
11:08tetapi sebagai kompas moral negara yang membimbing baik dari segi dasar awamnya
11:14dari sudut perundangannya, tingkah laku, rakyatnya sendiri. Bagaimana padangan Prof?
11:19Ya, benar. Maka oleh sebab itu rukun negara ini digelar sebagai falsafah negara,
11:28ideologi negara, identiti negara. Maka bukan setakat kita melafazkannya
11:34dan kita hendaklah menghayati rukun negara itu dengan hati kita sendiri.
11:40Maksud saya, kita hendaklah bukan sekadar melafazkan atau berikrar semata-mata
11:46tetapi ianya hendaklah dilakukan dan pelaksanaan itu hendaklah ikhlas
11:51dalam kita menjalani kehidupan bernegara dan ketatan negaraan kita ini
11:57perlu disandarkan kepada penghayatan yang sebenar dari segi tingkah laku
12:02setiap warga negara dan juga penduduk Malaysia.
12:06Jadi, menghayati rukun negara ini adalah sesuatu yang wajib boleh dikatakan
12:11fardu'ain lah kalau orang Islam untuk memastikan rukun negara ini
12:16diketahui, diamalkan dan dihayati dengan sepenuhnya
12:20oleh setiap warga negara.
12:22Terima kasih Prof. Mada, Datuk Dr. Syamrah Yu Abdul Aziz,
12:26Prof. Datuk Alapakar Perundangan dan juga Perlembagaan
12:29yang berkongsi pandangan melihat kepada sejauh mana sebagai rakyat Malaysia
12:32kita perlu berpegang dan juga patuh kepada rukun negara
12:36sebagai salah ataupun sebagai warga negara Malaysia itu sendiri.
Comments