Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Pengeluaran gandum negara diunjur turun kepada 26.7 juta tan pada 2026-27, penurunan sebanyak 26 peratus berbanding 2025-26 dan lapan peratus di bawah purata bagi tempoh 10 tahun.
Transcript
00:00Hasil tuayan gandum tahunan Australia dijangka merosot sebanyak 26% berbanding tahun lepas, sesulang peningkatan harga baja akibat konflik di
00:09Asia Barat.
00:10Perkara itu didedahkan menerusi laporan Komoditi Pertanian yang diterbitkan oleh Biro Ekonomi dan Sains Sumber dan Pertanian Australia, Abares, pada
00:18selasa.
00:22Laporan itu menyatakan bahawa pengeluaran gandum negara diunjur turun kepada 26.7 juta tan pada 2026-2027, penurunan sebanyak 26
00:33% berbanding 2025-2026 dan 8% di bawah purata bagi tempoh 10 tahun.
00:40Laporan tanaman berasingan yang turut diterbitkan oleh Abares pada selasa menunjukkan jumlah kawasan tanaman gandum diunjur mengecil sebanyak 12%
00:50kepada 10.9 juta hektare pada 2026-2027, sekaligus menjadi keluasan terkecil sejak 2019-2020.
01:00Secara keseluruhan, laporan itu menyatakan bahawa pengeluaran tanaman musim sejuk Australia dijangka merosot sebanyak 21% setahun ke tahun kepada
01:0954.5 juta tan.
01:11Menurut laporan Komoditi itu, ramai pengusaha dijangka membiarkan tanah yang telah dibajak tanpa ditanam, ekoran peningkatan harga bahan api dan
01:19baja, selain faktor cuaca kering serta ramalan taburan hujan musim sejuk yang di bawah paras purata di negara itu.
01:26Ia secara jelas menyatakan bahawa kesan konflik Asia Barat adalah signifikan kepada sektor pertanian Australia kerana sektor ini berorientasikan ekspor
01:36dan sistem pertaniannya menggunakan bahan import seperti bahan api, baja, bahan kimia serta pembukusan sebagai input.
01:43Berdasarkan data abaras, harga ekspor bijirin dan minyak bijian Australia meningkat sekitar 20% sejak konflik di Asia Barat bermula,
01:52namun harga domestik bagi Uria melonjak lebih 80% dalam tempoh yang sama.
01:58Sesudahan kemerosotan pengeluaran tanaman musim sejuk itu, biru berkenaan mengunjurkan jumlah nilai keseluruhan pengeluaran pertanian Australia akan turun sebanyak 5
02:08% kepada $70.5 bilion Amerika pada 2026-2027.
02:13Nilai ekspor pertanian juga dijangka merosot 9% kepada $53.6 bilion Amerika.
02:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended