00:00Kabinet Thailand pada selasa meluluskan projek Alam Sekitar bersama Malaysia
00:05yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, meningkatkan keselamatan air
00:09dan memulihkan ekosistem di Lembangan Sungai Golok
00:13inisiatif yang mendapat sokongan dana sebanyak 4 juta dolar Amerika
00:17atau lebih kurang 15.9 juta ringgit
00:21daripada kemudahan Alam Sekitar Global GEF itu akan dilaksanakan dalam tempoh 48 bulan
00:28dengan sokongan pertubuhan makanan dan pertanian pertubuhan mangsa-bangsa bersatu, FAO
00:39Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Pres Viva Tanah berkata
00:43projek itu dibangunkan secara bersama oleh Pejabat Sumber Air Kebangsaan Thailand
00:48dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk menambah baik pengurusan banjir
00:53Kerjasama itu turut merangkumi usaha menangani hakisan tebing sungai
00:57serta memperkukuh pengurusan sumber air merentas sempadan di Lembangan Sungai Golok
01:02Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa, beliau berkata
01:07projek ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh keselamatan alam sekitar
01:12dan memastikan pengurusan mampan bagi sumber air yang dikongsi bersama
01:16Lalida berkata inisiatif berkenaan akan meningkatkan kerjasama dua hala
01:21melalui pembangunan pangkalan data bersama, penilaian risiko banjir dan kemarau
01:26serta pelan tindakan strategik bersama untuk lembangan sungai itu
01:29Katanya ia juga akan mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi
01:35bagi memulihkan ekosistem dan mengurangkan kesan cabaran alam sekitar
01:39terhadap komuniti di dalam lembangan berkenaan
01:42Sungai Golok membentuk sebahagian daripada sempadan semula jadi
01:46antara selatan Thailand dan utara semenanjung Malaysia
01:49dan sering terkesan oleh banjir bermusim yang menjejaskan komuniti di kedua-dua belah sempadan
Comments