00:00Malaysia terus memperkukuh hubungan pertahanan antarabangsa menerusi penyertaan aktif dalam persidangan Shangri-La Dialog 2026 di Singapura.
00:09Penyertaan itu menyaksikan beberapa hasil signifikan termasuk pengukuhan kerjasama pertahanan dengan lebih 10 negara rakan serta penglibatan dalam inisiatif keselamatan
00:19infrastruktur bawah laut bersama 16 negara.
00:25Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan Anjuran International Institute for Strategic Studies IISS yang
00:34berlangsung dari 29 hingga 31 Mei.
00:36Sepanjang persidangan, Malaysia mengadakan siri pertemuan duhala dengan rakan sejawat dan pegawai kanan pertahanan dari Amerika Syarikat, Perancis, Itali, Kanada,
00:45Australia, New Zealand, Norway, Republic Chad, Qatar, Singapura dan Thailand.
00:50Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama pertahanan, meningkatkan perkongsian maklumat strategik termasuk Maritim Domain Awareness atau MDA serta mempererat
01:01koordinasi dalam mengharapi cabaran keselamatan serantau dan global yang semakin kompleks.
01:06Malaysia turut menyertai pelancaran Guiding Principles for Underwater Infrastructure Defense Exchange Guide bersama 16 negara lain bagi memperkukuh perlindungan infrastruktur
01:16bawah laut kritikal yang menjadi tunjang kepada keselamatan ekonomi dan kesaling hubungan global.
01:21Dalam masa sama, platform berkenaan turut dimanfaatkan untuk meneroka peluang kerjasama industri pertahanan menerusi perbincangan dengan Embraer Defense and Security
01:31termasuk dalam aspek pembangunan keupayaan pertahanan, pemindahan teknologi dan pengukuhan ekosistem industri pertahanan tempatan.
01:38Pada sesi pleno kelima persidangan, Muhammad Khalid turut menyampaikan pendirian Malaysia mengenai kepentingan pengurusan ketangangan serantau secara bertanggungjawab pematuhan kepada
01:47undang-undang antarabangsa serta keperluan memperkukuh kerjasama keselamatan global bagi memastikan rantau Indo-Pasifik kekal aman, stabil dan makmur.
01:57Penyertaan aktif Malaysia dalam Shangri-La Dialog 2026 mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memperkukuh diplomasi pertahanan dan menggalakkan kerjasama pelbagai
02:06hala demi menjamin keamanan serta kestabilan serantau.
Comments