Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Senator Filipina, Jinggoy Estrada menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas mahkamah antirasuah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung dakwaan menerima bayaran haram bernilai ratusan juta peso dalam skandal projek kawalan banjir negara itu.
Transcript
00:00Senator Filipina Jose Jinggoy Estrada menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas mahkamah anti-rasuah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
00:09Beliau didakwa menerima bayaran haram berkaitan projek kawalan banjir yang menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa.
00:16Anak kepada bekas Presiden Filipina itu didakwa menerima komisen berjumlah 573 juta peso bersamaan hampir 47 juta ringgit berkaitan projek
00:27kawalan banjir yang kini menjadi subjek siasatan.
00:31Mahkamah memerintahkan penahanannya atas kesalahan yang tidak layak diberikan ikat jamin mengikut Undang-Undang Filipina.
00:38Bagaimanapun Estrada menafikan semua pertuduhan dan mendakwa tindakan terhadapnya bermotifkan politik.
00:45Beliau berkata akan mempertahankan diri di mahkamah bagi membuktikan dawaan yang dikenakan adalah tidak berasas.
00:53Kes berprofil tinggi itu menambah tekanan terhadap kerajaan Filipina yang berdepan kritikan berhubung isu integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan projek
01:02awam.
01:03Skandal tersebut dikaitkan dengan projek kawalan banjir yang didakwa mempunyai pelbagai kelemahan serius sekaligus mencetuskan kebarahan rakyat dan bantahan awam
01:13sejak tahun lalu.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended