00:00Pertembungan antara parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan pada pilihan raya negeri Johor akan datang tidak akan meruntuhkan kerajaan persekutuan
00:08di Putrajaya.
00:09Penganalisis politik Muhammad Taufik Yaakob berpandangan, saingan di Johor boleh dilihat sebagai sebahagian proses mematangkan landscape politik negara khususnya dalam
00:21usaha memperkukuh sistem semak dan imbang.
00:23Pihak yang bertanding juga disaran menumpukan perhatian kepada agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat selain mengamalkan politik matang.
00:53Pastikan bahawa perjalanan kerajaan itu masih diteruskan sehinggalah parlimen dibubarkan.
00:59Jadi saya lihat dalam konteks PRN negeri Johor ini sebaiknya dijadikan satu eksperimen yang penting kepada semua parti politik.
01:08Bertandilah dengan begitu matang dan jangan gunakan platform ini untuk memecah-belahkan bangsa Johor khususnya ataupun mengakibatkan pertembungan kaum.
Comments