00:00Walaupun era digital menyaksikan peningkatan penggunaan e-buku dan bahan bacaan dalam talian, buku fizikal masih mempunyai tempat istimewa dalam
00:09kalangan pembaca.
00:11Perkara itu dapat dilihat menerusi sambutan menggalakkan orang ramai di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur yang kini memasuki hari keempat
00:19penganjurannya.
00:21Penganjur memaklumkan jumlah pengunjung terus meningkat dari hari ke hari.
00:25Seluruhan lah, memang kita banyak bercakap tentang e-book tapi kelihatannya masih ramai lagi yang berminat dengan buku-buku fizikal.
00:36Kalau kita tengok mereka nak lagi suasana untuk pegang buku, kemudian tengok secara fizikal apa semua.
00:43Jadi saya fikir di Malaysia kecenderungan buku fizikal ini masih tinggi.
00:48Dan kalau kita tengok di peringkat antarabangsa pun banyak penjual pengedar buku kembali pada fokus kepada buku fizikal.
00:57Contohnya Amazon, Book apa semua dan mereka dah seolah-olah macam balik semula kepada buku fizikal.
01:04Jadi saya fikir di Malaysia pun perkara yang sama berlaku.
01:07Kalau kita lihat berapa ramai yang pengunjung datang ke pesta buku antarabangsa ini, buku memang masih relevan.
01:12Tidak dinafikan keperluan buku dalam bentuk digital juga diperlukan tapi mereka ini saling melengkapi.
01:20Sebab ada yang nak pegang buku secara di tangan dan ada yang nak membaca senang mudah bawa di mana-mana.
01:28Sehubungan itu, penerbit buku juga mengakui golongan remaja dilihat mendominasi kehadiran ke pesta buku khususnya bagi mendapatkan karya penulis kegemaran
01:36mereka.
01:37Remaja, banyakkan remaja lah, remaja sebab cerita-cerita sekarang kebanyakan fokus pada remaja.
01:45Remaja kebanyakan datang dengan mak ayah, mak ayah yang tolong bayar, datang, dia punya dunia buku sekarang dengan dulu berbeza.
01:57Sebab saya generasi yang menulis 10 tahun lepas. Sekarang diorang sanggup beratur, kita ada signing untuk penulis sign.
02:11Pukul 2 petang punya sesi, pukul 10 diorang dah beratur.
02:18Walaupun dunia telah dikuasai oleh teknologi digital, namun buku fizikal tetap menjadi pilihan berbaca.
02:24Buku bukan saja untuk menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk mencari idea baru.
02:30Yasmin Natasha untuk Esra Awan.
Comments