00:00Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Sekudai Marina Ibrahim menafikan dawaan kena beli atau akan melompat parti, susulan dirinya dilihat kurang
00:10lantang mengkritik kerajaan negeri berbanding kebiasaan seorang pembangkang.
00:15Menurut beliau persepsi tersebut timbul kerana ramai yang menilai politik hanya melalui kenyataan keras dan serangan terbuka sedangkan fokus utamanya
00:23adalah menyelesaikan masalah rakyat di lapangan.
00:28Menurut hantaran di Facebook, Marina menegaskan pendiriannya selama ini tentunya menyokong perkara yang memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira pihak
00:38yang membawanya sambil terus menegur kelemahan melalui saluran yang sesuai.
00:43Katanya politik bukan sekadar soal sejauh hebatnya menyerang seseorang tetapi soal menyelesaikan masalah di lapangan.
00:50Menurutnya banyak isu rakyat dapat diselesaikan melalui hubungan kerja yang baik, rundingan dan persefahaman.
00:58Marina pada ahad umum keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur daripada arena politik.
01:05Beliau bagaimanapun akan terus melaksanakan tugasan di kawasannya sehingga adun baharu dilantik.
Comments