00:00Usaha mempertahankan pakaian tradisi masyarakat Kadazan, Dusun, Murud dan Rungus KDMR terus diperkasakan agar warisan muda itu tidak dilupakan generasi
00:11muda.
00:11Bermula dengan menguruskan pakaian bagi pertandingan Unduk Ngadau sekitar 2017, Donald Atian melihat sendiri kesukaran masyarakat mendapatkan pakaian tradisi disadakan.
00:22Dan keadaan itu mendorong dirinya mempelajari sendiri seni penghasilan pakaian tradisi pelbagai etnik Sabah.
00:28walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang jahitan.
00:33Menurut Donald, setiap rekaan perlu melalui rujukan yang tepat bagi memastikan keaslian identiti suatu kaum terus terpelihara.
00:41Baju ini kan sangat sensitif. Kalau kita salah buat baju, orang akan boleh kecam kita.
00:47Jadi saya merujuk kepada orang yang tepat, hasilkan dan bila sudah siap saya antar kepada orang-orang yang rujukan saya,
00:55mereka boleh atau tidak.
00:57Jadi kalau boleh, tepat, sebaru saya kasih keluarkan baju tersebut.
01:02Selain menghasilkan pakaian tradisi, Donald turut mendidik pelanggan mengenai cara pemakaian yang betul termasuk penggunaan aksesori dan perbezaan identiti mengikut
01:12daerah serta suku kaum.
01:14Katanya, ramai yang memakai pakaian tradisi tanpa mengetahui makna dan nilai budaya di sebalik setiap rekaan.
01:20Apa yang kami buat untuk yang bagian kami ialah kami educate masyarakat di luar sana.
01:27Bila mereka datang ke kedai saya, saya akan ajar mereka pakai baju yang proper dari segi pemakaian aksesoris, dari segi
01:35pakai baju macam mana.
01:37Nah, dalam masa yang sama itulah saya punya pelanggan mereka akan belajar daripada tidak tahu kepada tahu.
01:43Selain menawarkan pakaian tradisi pelbagai etnik Sabah, Donald turut menyediakan koleksi pakaian tradisi Sarawak mengikut permintaan pelanggan.
01:51Donald percaya usaha memperkenalkan dan mendidik masyarakat mengenai pakaian tradisi penting bagi memastikan warisan budaya terus hidup serta dihargai generasi
02:02akan datang.
Comments