Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Iran mahu mencapai perjanjian dengan Washington dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang akan memberi manfaat kepada Amerika serta sekutunya.
Transcript
00:00Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran mahu mencapai perjanjian dengan Washington dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang
00:07akan memberi manfaat kepada Amerika serta sekutunya.
00:10Hantaran di Truth Social itu dibuat Trump ketika ketegangan antara kedua negara terus memuncak susulan siri tindakan ketenteraan yang berlaku
00:20sepanjang hujung minggu lalu.
00:25Tentera Amerika memaklumkan telah melancarkan serangan terhadap beberapa lokasi ketenteraan Iran, manakala pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa menyasarkan sebuah
00:35pangkalan tentera Amerika sebagai tindak balas.
00:37Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah rundingan yang sedang dijalankan bagi menamatkan konflik yang berlarutan selama tiga bulan.
00:44Bagaimanapun, Trump akui usaha mencapai persetujuan dengan Teheran menjadi semakin sukar berikutan pelbagai reaksi dan tekanan politik susulan konflik berkenaan.
00:54Beliau turut berdepan tekanan domestik untuk memastikan selat hormus dibuka semula dan menurunkan harga petrol di Amerika menjelang pilihan raya
01:02Kongres pada November nanti.
Comments

Recommended