00:00Israel dilaporkan merancang untuk membina lebih 2,700 unit penempatan haram baru di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
00:08Menurut kenyataan Suranjaya, Palestine menentang tembok dan penempatan, Majlis Perancangan Tinggi Israel dijangka mengadakan mesyuarat rabu ini bagi membincangkan pakej
00:18projek penempatan baru di beberapa kawasan strategik Tebing Barat.
00:24Rancangan tersebut melibatkan sekurang-kurangnya 2,721 unit penempatan termasuk projek peluasan zon dan perubahan struktur bagi mengukuhkan kedudukan penempatan
00:34sedia ada.
00:34Antara lokasi yang terlibat termasuk 1,006 unit di penempatan Jivat dekat Bethlehem, 922 unit di Harbracha di Selatan Nablus,
00:44455 unit di Mivodotan di Barat Jenin serta 234 unit di Kiryat Arba di Timur Hebron.
00:53Suranjaya itu berkata mesyuarat berkenaan turut akan membincangkan perubahan sempadan pembinaan, penggunaan tanah serta peraturan bangunan di beberapa penempatan lain.
01:01Menurutnya, langkah itu mencerminkan usaha berterusan Israel untuk memperluaskan penempatan haram serta mewujudkan fakta baru di wilayah Palestine yang diduduki.
01:11Ia turut memberi amaran bahawa pelaksanaan projek berkenaan akan menyebabkan rampasan tanah Palestine secara berterusan selain meningkatkan perpecahan geografi antara
01:19komuniti Palestine.
01:20Menurut kenyataan itu, pelan ini juga mengukuhkan dasar peluasan yang dilihat sebagai proses pengilhakan secara berperingkat di Tebing Barat.
01:28Sehingga 30 Mac lalu, lebih 542 penempatan dan pos haram dilaporkan telah dibina di Tebing Barat melibatkan lebih 780,000
01:38penduduk Israel.
01:39Daripada jumlah itu, sebanyak 192 penempatan haram dan 350 pos tambahan direkodkan termasuk lebih 165 yang dibina sejak Oktober 2023
01:49dan 59 lagi sepanjang tahun 2025.
01:52Terima kasih kerana menonton!
Comments