Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Presiden Perancis Emmanuel Macron kecam ketegangan di Lubnan dan gesa AS serta Iran capai perjanjian segera untuk kestabilan rantau.
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron menegaskan tiada alasan yang boleh mewajarkan peningkatan ketegangan berterusan di selatan Lubnan ketika konflik di rantau
00:09Asia Barat terus memuncak.
00:12Menerusi hantaran di PlatformX, Macron berkata Perancis akan terus menyokong pihak berkuasa Lubnan dalam usaha memulihkan kedaulatan serta integriti wilayah
00:21negara itu.
00:23Kenyataan itu dibuat ketika Tentera Israel terus melancarkan serangan harian di Lubnan walaupun gencatan senjata telah berkuat kuasa sejak 17
00:31April dan dilanjutkan selama 45 hari hasil rundingan tidak langsung yang dimediasi Amerika Syarikat.
00:38Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan sejak 2 Mac telah mengorbankan lebih 3,370 nyawa dan mencederakan lebih 10,000 orang.
00:47Dalam perkembangan berkaitan, Macron turut menekankan keperluan mendesak untuk Amerika Syarikat dan Iran mencapai perjanjian bagi meredakan ketegangan di rantau
00:56tersebut.
00:56Katanya peluang untuk mencapai penyelesaian diplomatik perlu dimanfaatkan segera dengan keutamaan diberikan kepada gencatan senjata serta pembukaan semula selat homus
01:06tanpa syarat.
01:07Beliau turut menegaskan Perancis bersedia memainkan peranan termasuk membantu memulihkan trafik maritim, menyokong rundingan nuklear dan memperkukuh kerangka keselamatan serantau.
01:17Macron turut mengingatkan bahawa kestabilan rantau perlu bermula dengan keamanan di Lubnan.
01:24Terima kasih telah menonton!
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended