Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada warga serta veteran TUDM sempena ulang tahun ke-68 pasukan itu.

Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agong Raja Zarit Sofiyah
00:04menzahirkan ucapan sempena hari ulang tahun Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM ke-68
00:11kepada seluruh warga dan veteran pasukan itu.
00:14Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,
00:18Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ATM
00:22merakamkan penghargaan atas komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
00:29Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghormatan kepada anggota TUDM yang telah meninggal dunia
00:35serta mendoakan agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syohada.
00:40Hari ulang tahun TUDM ke-68 menjadi simbol penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan warga pasukan itu
00:47dalam memastikan keselamatan dan pertahanan ruang udara negara terus terpelihara.
00:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended