00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Kelantan mengeluarkan 256 notis saman menerusi Ops Khas Motosikal Sempena Ops Hari Raya Aidiladha, HRAA 2026
00:12yang dijalankan pada Ahad membabitkan pemeriksaan terhadap 400 kenderaan di beberapa lokasi sekitar negeri itu.
00:20Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Miswari Abdullah berkata, sebanyak 230 kenderaan diambil tindakan selain 10 notis larangan penggunaan kenderaan PG1, 3
00:31notis arah periksa kenderaan serta 10 notis penahanan kenderaan dikeluarkan.
00:38Menurutnya daripada 10 kenderaan yang ditahan, 7 melibatkan kereta dan 3 motosikal atas pelembaga kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan
00:451987.
00:47Kesalahan paling banyak dikesan ialah tiada lesen memandu kompeten CDL sebanyak 103 kes, diikuti tiada pelindungan insurans sebanyak 56 kes
00:55serta cukai jalan tamat tempoh.
00:58Beliau berkata operasi bersepadu itu melibatkan 88 pegawai dan anggota JPJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia PDRM, Agensi Antidadah Kemangsaan
01:07AADK, Jabatan Imigresen Malaysia JIM dan Jabatan Alam Sekitar JAS.
01:12Dalam operasi sama, JPJ turut mengesan kes disyaki melibatkan pemalsuan dokumen cukai jalan membabitkan sebuah kereta jenis BMW selepas semakan
01:20mendapati cukai jalan sebenar tamat tempoh sejak Julai 2025.
01:24Walaupun pemandu mempamerkan dokumen yang menunjukkan tempoh sah sehingga Ogos 2026.
01:31Kenderaan itu disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki mempamerkan dokumen palsu.
01:40Selain itu, sebuah van persendirian turut dikesan membawa 8 penumpang secara berbayar tanpa permit sah,
01:45manakala sebuah kenderaan milik pempengaruh media sosial antara yang disita kerana gagal memperbarui cukai jalan.
Comments