Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Sekurang-kurangnya 55 orang dilaporkan maut dalam satu letupan di Kampung Kaung Tat di Myanmar, yang menurut sebuah kumpulan pemberontak berpunca daripada letupan tidak sengaja bahan yang disimpan untuk kegunaan aktiviti perlombongan.
Transcript
00:00Kurang-kurangnya 55 orang dilaporkan maut dalam satu letupan di kampung Kaung Tat di Myanmar pada Isnin.
00:06Difahamkan ia berpunca daripada letupan tidak sengaja bahan yang disimpan untuk kegunaan aktiviti perlombongan.
00:14Kumpulan pemberontak bersejata Taang National Liberation Army atau TNLE yang kini terlibat dalam gecata-sejata dengan tentera Myanmar
00:22dan menguasai kawasan kampung berhampiran sebaran Cina itu mengesahkan kejadian berkenaan, mengorbankan beberapa nyawa namun tidak menyatakan jumlah mangsa.
00:30Menurut laporan BBC dan agensi berita tempatan, sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh terdiri daripada 25 wanita dan 30 lelaki manakala
00:39puluhan lagi cedera.
00:40Dalam satu kenyataan menerusi telegram, TNLE yang bernaung di bawah palong State Liberation Front menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa
00:49yang terkorban, cedera serta mereka yang mengalami kerugian akibat insiden itu.
00:53TNLE berkata letupan yang berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan sedang disiasat bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
01:01Menurut kumpulan itu, mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab akan dipertanggungjawabkan mengikut proses yang sewajarnya.
01:08TNLE turut maklumkan bantuan kecemasan, rawatan kesihatan dan program pemulihan untuk keluarga yang terjejas akan disalurkan secepat mungkin.
Comments

Recommended