Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Malaysia hari ini mula menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran dan pembukaan akaun media sosial sebagai langkah proaktif melindungi kanak-kanak bawah 16 tahun daripada ancaman siber.

Transcript
00:00Malaysia hari ini mula menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran dan pembukaan akaun media sosial sebagai langkah proaktif melindungi kanak
00:08-kanak bawah 16 tahun daripada ancaman cyber.
00:12Langkah itu dilaksanakan selaras dengan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak CPC dan Kod Pengurangan Risiko RMC yang juga bermula hari
00:20ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian ONSA 2025 oleh Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC.
00:29Menerusi peraturan baru itu, individu berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuka sebarang akaun media sosial,
00:36manakala mereka yang ingin mendaftar diwajibkan mengemukakan dokumen pengenalan rasmi kerajaan seperti MyCard, Passport atau MyDigitalID sebagai pengesahan umur.
00:47Keperuan itu tidak terhad kepada pendaftaran baru, malah pemilik akaun sedia ada juga wajib melakukan pengesahan identiti bagi mastikan mereka
00:54kekal layak mengakses platform itu
00:56mengikut kriteria ditetapkan.
00:58Pendekatan Malaysia bagaimanapun mempunyai kelebihan tersendiri kerana memanfaatkan perundangan khusus mengenai MyCard dan sistem MyDigitalID sebagai elemen keselamatan tambahan
01:08bagi mastikan pengesahan identiti yang lebih sahih dan selamat.
01:12MCMC dalam kenyataan sebelum ini maklumkan penguatkuasaan kedua-dukod itu bertujuan memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak
01:19selain mewajibkan penyedia platform digital bertindak lebih proaktif menangani kandungan berbahaya.
01:24Kedua-dukod berkenaan dibangunkan menurusi sesi lipat urus mendalam dan runingan awam bersama pelbagai pihak berkepentingan
01:31termasuk pemain industri serta organisasi masyarakat sivil yang dijalankan sejak Februari lepas.
01:37Di bawah CPC, penyedia platform diwajibkan menerapkan prinsip keselamatan melalui binaan atau safety by design
01:45termasuk mengehadkan fungsi yang berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada ancaman eksploitasi saiber, pembangsa digital atau grooming
01:52serta kandungan tidak bersesuaian.
01:56RMC pula menuntut penyedia perkhidmatan melaksanakan penilai risiko yang komprehensif,
02:00takbik urus kandungan yang lebih ketat serta mekanisme pelabelan bagi kandungan yang telah dimanipulasi
02:05bagi mengekang ancaman penipuan dan berita palsu.
02:10Kegagalan pemberi perkhidmatan mematuhi keperluan di bawah RMC boleh dikenakan tindakan tegas
02:15termasuk denda atau penalti kewangan sehingga RM10 juta.
02:19Sebagai usaha mengekang penipuan dalam talian, iklan berbayar bagi barangan atau perkhidmatan kini hanya dibenarkan
02:25jika dimuat naik oleh pengiklan atau pengguna yang identitinya telah disahkan berdasarkan dokumen rasmi kerajaan.
02:32MCMC turut mewajibkan penyedia platform menyesuaikan sistem algoritma termasuk sistem cadangan kandungan
02:39bagi mengurangkan risiko pengguna terdedah kepada bahan memudaratkan
02:43seperti pengayaan seksual kanak-kanak atau CSAM, kandungan lucah dan penipuan kewangan.
02:49Menurut suranjaya itu, tempoh pelaksanaan yang munasabah akan diberikan kepada semua pemberi perkhidmatan
02:55bagi memastikan proses integrasi sistem pengesahan umur berjalan teratur tanpa menjejaskan privasi pengguna.
03:03ONSA dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2026,
03:07bertujuan memastikan penyedia platform digital memikul tanggungjawab lebih besar untuk mengesan,
03:12mencegah dan bertindak lebih pantas terhadap sebarang kandungan berbahaya dalam alam maya.
03:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended