Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Norway telah memohon maaf kepada Malaysia berhubung pembatalan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM), namun keputusan untuk mengekalkan pembatalan tersebut tetap diteruskan.
Transcript
00:00Norway telah memohon maaf kepada Malaysia berhubung pembatalan lesen ekspor peluru berpandu Naval Strike Missile and SM.
00:07Namun, keputusan untuk mengekalkan pembatalan tersebut tetap diteruskan.
00:11Menteri Pertahanan, Datuk Sri Muhammad Khalid Nordin berkata perkara itu dimaklumkan oleh rakan sedawatnya dari Norway, Torak Orsanvik, dalam pertemuan
00:20dua hala di luar sidang kemuncak Dialog Shangri-La di Singapura pada Ahad.
00:27Menurut beliau, Malaysia menyatakan rasa kecewa terhadap cara keputusan itu dibuat kerana hanya dimaklumkan pada saat akhir walaupun kontrak telah
00:36dimeterasai sejak 2018 dengan jangkaan perhantaran tahun ini.
00:41Katanya kelewatan makluman serta keciadaan pemberitahuan rasmi telah menjelaskan hubungan serta kepercayaan dalam kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
00:51Kenyataan bahawa hubungan Malaysia dan Norway itu baik, lama perlu terus dikukuhkan kerana apa yang kita lalui ini akan menjadi
01:02satu kecacatan yang kekal dalam hubungan Malaysia dan Norway dan tak mungkin ia boleh kembali seperti dahulu.
01:10Tambahnya, insiden itu akan dijadikan pengajaran penting untuk Malaysia dalam menilai ketelusan dan komitmen rakan strategi pada masa akan datang.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended