Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
AWANI Borneo bersama Khalis Khadir

- Hajiji harap bayaran interim RM1.5 bilion disalur segera demi kepentingan rakyat

- Sarawak perkasa ekonomi berpandukan 'Brainpower'

- Sambutan Gawai perkukuh perpaduan masyarakat Sarawak

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:09Assalamualaikum, salam hormat anda sedang menonton Awani Borneo
00:12bersama saya Khalis Kadir dan berikut merupakan tumpuan utama kami malam ini
00:17Intro
00:21Hajiji alu-alukan pengumuman bayaran interim 1.5 bilion ringgit untuk Sabah
00:28Sarawak Perkasa Ekonomi berpandukan Brain Power
00:36Sambutan Gawai Perkupuh Perpaduan Masyarakat Sarawak
00:40Intro
00:45Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nur berharap bayaran interim 1.5 bilion ringgit
00:51seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan segera
00:56Kata Hajiji, pengumuman Anwar ketika merasmikan sambutan Pesta Keamatan pada Sabtu
01:02membuktikan Kerajaan Persekutuan sebuah kerajaan bertanggungjawab dan menunaikan apa dijanjikan
01:10Dalam satu kenyataan pada ahad, Hajiji mengalung-alukan pengumuman itu dan berharap ia dapat diterima secepat mungkin
01:17agar rakyat negeri itu mendapat manfaatnya
01:20Hajiji turut mengalung-alukan jaminan Anwar bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 MA63
01:30Pada Sabtu Anwar mengumumkan kenaikan geran khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion
01:39sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40% hasil negeri dimutamatkan
01:45seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 MA63
01:49Jelasnya perbincangan mengenai jumlah sebenar pemberian masih perlu dimutamatkan melalui rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
02:09Sambutan Gawai Dayak perlu berperanan sebagai jambatan untuk memperkukuh tali kekeluargaan dan persaudaraan
02:16dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak selari dengan konsep segulai sejalai
02:21Yang di Pertua Negeri Tun Wan Junaidi Tuan Kujaafar berkata
02:25Usaha ini boleh dipertahan menerusi amalan adat ngabang
02:29atau kunjung-mengunjung ke rumah terbuka yang akan berlangsung sepanjang sambutan
02:36Masyarakat Dayak merangikan satu perayaan yang bukan sahaja melambangkan kesukuran
02:44atas hasil tuayan malah menjadi wadah memperkukuhkan identiti budaya serta tradisi warisan
02:55Keindahan ini terbukti melalui amalan adat ngabang
03:01atau tradisi rumah terbuka yang diamalkan secara meluas
03:07di mana pintu hati dan pintu rumah sentiasa terbuka luas untuk menerima para pengunjung
03:16sebagai simbol perpaduan yang tidak tolok bandingnya
03:21Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sepenasambutan Gawai Dayak 2026
03:27Wan Junaidi turut mengingatkan sumbangan penting masyarakat Dayak
03:31yang telah membantu Sarawak untuk melangkah megah sebagai sebuah negeri yang berdaya saing
03:35sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa
03:37Seiring dengan eksperasi Sarawak menuju status negeri maju
03:44Bar pendapatan tinggi menyelang tahun 2020-2030
03:50adalah penting bagi masyarakat Dayak bersama dengan masyarakat-masyarakat lain
03:57untuk terus memperkukuhkan kemahiran dan bidang teknologi
04:04memperkasakan pendidikan, keusahawanan, kepimpinan dalam semua peringkat
04:12dan meningkatkan daya saing yang tinggi untuk terus maju ke hadapan
04:18Namun dalam kairah kita mengejar kemajuan fisikal
04:25nilai-nilai murni dan adat resam mestilah tetap dipertahankan
04:32kerana itulah jati diri unik yang membentuk keistimewaan masyarakat Dayak
04:42Sarawak tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sumber asli untuk membangunkan ekonominya
04:47Sebaliknya akan melangkah ke hadapan dengan membina ekonomi baharu
04:51yang berteraskan brain power atau kekuatan intelektual
04:54Premier Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata
04:57pemusatan baharu ekonomi ini penting memandakan sumber asli semakin terhad
05:02manakala ekonomi baharu dunia kini berteraskan ilmu pengetahuan, inovasi dan kekuatan modal insan
05:08Sarawak sedang melangkah ke hadapan dengan membina sebuah ekonomi baru
05:16yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovasi dan kekuatan modal insan
05:24Jika sebelum ini pembangunan banyak bergantung kepada hasil minyak, gas dan sumber semula jadi lain
05:37Kini kita sedang mengorak langkah ke arah ekonomi yang dipacu oleh brain power atau kekuatan intelektual
05:49Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusannya sempena sambutan Gawai Dayak
05:54Kata Abang Johari lagi, fokus baharu itu perlu dilaksanakan oleh seluruh rakyat Sarawak
05:59dengan penuh keyakinan, keberanian dan semangat segulai sejalai demi mencapai masa depan yang lebih gemilang
06:05Transformasi yang sedang kita laksanakan hari ini
06:10bukan sekadar mengenai pembangunan ekonomi, teknologi atau infrastruktur semata-mata
06:19tetapi juga tentang memperluaskan peluang, meningkatkan taraf hidup rakyat
06:26dan memastikan setiap warga Sarawak dapat menikmati kemakmuran yang kita bina bersama
06:35Dengan kepimpinan yang kukuh serta semangat perpaduan rakyat yang utuh
06:42Saya yakin Sarawak akan terus muncul sebagai sebuah wilayah yang progresif
06:49dan berdaya saing di peringkat ASEAN maupun antarabangsa
06:56Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusannya sepenuh sambutan Gawai Dayak 2026
07:04Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat menghayati nilai kebijaksanaan,
07:09kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang yang menjadi teras sambutan Hari Wesak
07:14dalam usaha memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat mahancumuk di negara ini
07:19Menurut sihantaran di Facebooknya sepenuh sambutan Hari Wesak
07:23Beliau berkata nilai-nilai murni tersebut bukan sahaja penting dalam ajaran agama
07:27Malah relevan dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati dan memahami antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang
07:35Menurut Perdana Menteri, semangat kasih sayang dan kemanusiaan yang dibawa oleh perayaan itu amat bermakna
07:41ketika masih terdapat pihak tertentu yang cuba menimbulkan perpecahan dengan memainkan sentimen kaum dan agama
07:48Beliau turut berharap sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha
07:55serta terus menyemarakkan nilai kemanusiaan yang menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, beradab dan bermaruah
08:08Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan penyesuaian dasar perbelanjaan negara secara bertanggungjawab
08:15memandangkan beban tanggungan subsidi bahan api kini mencecah RM5 bilion sebulan
08:21susulan krisis tenaga global akibat sekatan di Selat Hormuz
08:24Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mamad Nasir berkata pertimbangan itu terpaksa dibuat
08:30perikutan krisis tersebut memberi tekanan kepada sasaran defisit fiskal bagi tahun ini
08:37Menurutnya situasi itu juga memaksa kerajaan menyemak semula peruntukan subsidi bahan api
08:41dan melaksanakan rasionalisasi perbelanjaan mengurus bagi mengelak defisit melebar melebihi sasaran ditetapkan
08:48Kerajaan juga katanya sedang mempercepatkan peralihan kepada mekanisme subsidi bersasai lebih cekap
08:53dan langkah ini penting bagi memastikan dana awam digunakan secara optimum sekaligus mengurangkan beban keuangan negara
08:59akibat lonjakan harga minyak mentah dunia
09:02Jelasnya penekatan strategik ini amat penting dalam memperkukuh ruang fiskal negara
09:06serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpilihara
09:09disamping meningkatkan daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi ketidaktentuan
09:13dan tekanan ekonomi global yang semakin mencabar
09:15Menurut Akmal Nasrullah, kerajaan dalam masa sama sentiasa menilai semula keutamaan perbelanjaan negara
09:21berdasarkan beberapa faktor
09:23Ini termasuk kedudukan fiskal semasa, perkembangan ekonomi global dan domestik
09:27serta keperluan rakyat yang semakin dinamik bagi memastikan penggunaan sumber keuangan negara secara optimum dan berimpak tinggi
09:34Dalam hal ini, hala tujuh fiskal negara terus memberi penekanan kepada pengukuhan ruang fiskal
09:38pengurusan perbelanjaan secara behemat serta memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan
09:45Malaysia sedang memperhebat usaha promosi pelancongan di China
09:49dengan menyasarkan segmen pelancongan berasaskan pendidikan, belia dan pelancongan
09:54berpendapatan tinggi untuk memenuhi kehendak pengguna di negara itu yang sentiasa berubah-rubah
09:59Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Singh
10:03Turism Malaysia giat berinteraksi dengan pemain utama dalam industri pelancongan di China
10:08khususnya di Shanghai sebagai sebahagian daripada usaha untuk meneroka permintaan
10:13yang semakin meningkat terhadap pengalaman pelancongan mewah
10:16berorientasikan belia dan berfokuskan pendidikan
10:23Semasa misi promosi ke Shanghai baru-baru ini, Tiong berkata
10:27Delegasi Turism Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Turism Malaysia
10:32Muhammad Amirul Rizal Abdul Rahim
10:34telah bertemu dengan beberapa pemain utama industri pelancongan China
10:38termasuk Liu Group, pakar pelancongan mewah, Eight Continents Travel
10:43dan Cuttlefish Travel untuk meneroka trend pasaran baru dan potensi kerjasama
10:48Sementara itu, Muhammad Amirul Rizal berkata
10:52pertemuan berkenaan menonjolkan dinamik pasaran pelancongan China
10:55yang amat pantas berubah
10:57Katanya kumpulan umur dan segmen pengguna di China yang berbeza
11:02kini mencari kelainan dan Malaysia tidak boleh terus menjual
11:05pakej pelancongan yang sama seperti dahulu
11:08Beliau berkata Malaysia melihat potensi besar merentasi beberapa segmen
11:12daripada pelancongan warga emas dan percutian mewah
11:16yang disesuaikan mengikut kehendak pelanggan
11:19sehinggalah pelancong muda yang mengembara bebas
11:22serta kumpulan pelancongan keluarga dan pendidikan
11:25Turism Malaysia terbuka untuk mengadakan kempen galakan dengan rakan China
11:30termasuk promosi secara digital
11:32kerjasama dengan pemimpin pendapat utama KOL
11:35kandungan video pendek dan promosi bertema khusus
11:42Boy Band Baharu Sarawak The Next
11:45tampil dengan pendekatan tersendiri dalam industri muzik tempatan
11:49menerusi lagu debut yang mengambungkan lima bahasa
11:52langkah itu bukan sekadar menonjolkan kelainan
11:56malah menjadi platform untuk memperkenalkan identiti dan budaya Sarawak
12:00kepada pendengar yang lebih luas
12:22sebab mereka yang ibanis
12:29dianggotai lima anak muda berusia antara 17 hingga 21 tahun
12:33The Next tidak mahu meneru sepenuhnya konsep K-pop
12:36sebaliknya mahu membina identiti M-pop yang lebih dekat dengan budaya Sarawak
12:50bergerak secara bebas tanpa label
12:52kumpulan itu mahu menjadi pembuka jalan
12:54kepada lebih ramai anak muda Sarawak untuk tampil
12:56berani menceburi bidang kreatif dan hiburan
13:26Sementara itu ahli termuda kumpulan itu
13:28Afif yang berusia 17 tahun
13:30berdepan cabaran apabila perlu bijak membahayakan masa
13:33antara latihan dan persiapan menghadapi SPM
13:38Pilih kan punya schedule lah
13:40memang tight
13:42sebab
13:43mula-mula training tu lah
13:46pagi lah
13:47kami nak full sekolah
13:49pasal habis sekolah kami balik
13:51terus pergi training
13:52sampai dengan sedap
13:53pasal
13:53lepas habis training pun
13:55kalau ada kelas malam pun
13:56kami pergi kelas malam
13:57pasal habis lah kami mulai hubung
13:59sampai pagi
14:00tidur pergi sekolah balik
14:02dud
14:02the same routine everyday
14:03so kami macam saya dah cuti lah
14:06tapi kami pun macam
14:09pandai manage everything
14:11jadi kami tahu
14:12kami punya
14:14urusan masa
14:15pengurusan masa
14:16the next yang dibentuk hasil uji bakat Sarawak
14:19Got Talent
14:20menjalani latihan selama hampir 3 tahun
14:22sebelum membuat debut pada April lalu
14:28berita itu mengakhiri
14:29Awani Bonio malam ini
14:30saya Khalis Kadir
14:31Assalamualaikum
14:32Salam Hormat
14:33Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended