Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Selain orang ramai, burger percuma itu turut diagihkan kepada rumah anak yatim dan pusat tahfiz di sekitar kawasan berkenaan.
Transcript
00:00Sebuah gerai burger di Ampang meneruskan tradisi tahunan mengagihkan kira-kira 2,000 burger ayam dan daging secara percuma kepada
00:08orang ramai setiap Hari Raya Kedua Aidil Adha.
00:11Pemilik Hassan Burger, Razali Hashim berkata, program itu diadakan sekali setahun sebagai usaha berkongsi rezeki dengan masyarakat, khususnya mereka yang
00:20tidak pulang ke kampung halaman.
00:24Beraya haji banyak orang yang tak balik, kalau bulan puasa banyak orang balik kampung.
00:37Selain orang ramai, burger percuma itu turut diagihkan kepada rumah anak yatim dan pusat tahfiz di sekitar kawasan berkenaan.
00:45Menurut Razali, antara keistimewaan burger di gerainya ialah penggunaan sos istimewa buatan sendiri selain kuantiti sayur yang lebih banyak berbanding
00:53burger biasa.
00:54Katanya walaupun burger dijual pada harga RM5, aspek kualiti bahan tetap menjadi keutamaan.
01:00Razali turut menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan kecil seperti burger kerana mampu menjana pendapatan yang baik selain boleh menjadi
01:08platform permulaan untuk mempelajari selok-belok dunia perniagaan.
01:12Sementara itu, seorang pelanggan setia, Johan Arif berkata,
01:15Hassan Burger sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk sekitar Ampak kerana rasa dan kualiti burger yang ditawarkan.
01:35Seorang lagi pelanggan, Riani Tuan Rozaimond Azam berkata,
01:38dia mengetahui mengenai program burger percuma itu menurut media sosial dan mesej berantai.
01:55Pelanggan Abdul Karim Azam pun menifatkan inisiatif tersebut bukan sahaja membantu masyarakat,
02:00malah mampu mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini menerusi makanan yang menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat.
02:08Benda ini amat baik untuk menyatukan lagi bangsa-bangsa di Malaysia,
02:13menyatupadukan mereka dengan memberi kepada bangsa-bangsa lain,
02:19bukan hanya satu bangsa dan juga ia boleh membuat reputasi baik kepada peniaga-peniaga.
Comments

Recommended