Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Dalam kenyataan hari ini, JPN memaklumkan pengeluaran dan penggantian MyKad Struktur Baharu, hanya akan dilaksanakan selepas pelancarannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Transcript
00:00Orang ramai dinasihatkan tidak tergesa-gesa menukar MyCard kerana dokumen pengenalan sedia ada masih sah digunakan bagi semua urusan rasmi
00:09termasuk penebusan subsidi dan bantuan kerajaan.
00:13Jabatan Pendaftaran Negara JPN maklumkan, pengeluaran dan penggantian MyCard struktur baharu hanya akan dilaksanakan selepas pelancarannya oleh Perdana Menteri Datuk
00:22Seri Anwar Ibrahim pada tarikh yang akan diumumkan kelab.
00:26Dalam kenyataan pada Jumaat, JPN berkata sebagai permulaan, pelaksanaan itu akan dibuat secara berfasa di ibu pejabat JPN Putrajaya serta
00:3618 pejabat JPN terpilih menerusi sistem janji temu sebelum diperluas ke seluruh negara secara berperingkat.
00:45Pendekatan itu bertujuan memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan teratur selain mengelak kesesakan di kaunter.
00:52Jelas kenyataan itu, JPN menetapkan keutamaan pengeluaran MyCard struktur baru kepada pemohon yang membuat janji temu melalui sistem janji temu
01:03JPN
01:04serta pemegang kad pengenalan plastik KPP, kad pengenalan bermudu tinggi KPT dan MyCard versi 1.
01:12Selain itu, pemegang KPP, KPT dan MyCard versi 1 diwajibkan menukar kepada MyCard struktur baru secara berperingkat dalam tempoh 3
01:23tahun.
01:23JPN turut memberi jaminan keselamatan data dan maklumat peribadi pemegang MyCard akan terus dilindungi menerusi ciri keselamatan serta kawalan perlindungan
01:35data ditetapkan kerajaan.
Comments

Recommended