00:00Seorang pekerja korek pasir warga Indonesia ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjalankan kerja di kampung Pakar-Pakar,
00:08Kota Belut pada Khamis.
00:10Ketua Balai Bumba dan Penyelamat BBP Kota Belut, L.G. Bakuk berkata, mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat selepas operasi mencari
00:18dan menyelamat SAR. Hari kedua dijalankan.
00:24Katanya operasi SAR dimulakan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 malam Khamis.
00:32Mangsa Vicentius Saritukan, 42 tahun, ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi Jumaat. Pada kedalaman 8 meter di lokasi, dia
00:41dipercayai terjatuh.
00:42Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menarik pasir menggunakan bot penarik pada sekitar jam 6 petang.
00:49Operasi SAR melibatkan pencarian di permukaan dan tepi sungai sebelum mayat ditemukan di lokasi sama kejadian.
00:56Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada tengah hari.
Comments