00:00Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO sedia mempertahankan setiap inci wilayahnya.
00:06Kenyataan itu ditegaskan Ketua Pakatan itu Mark Ruta pada Jumaat selepas sebuah drone mengenai bangunan pangsapuri di negara anggotanya, Romania,
00:15semasa serangan semalaman Rusia ke atas Ukraine.
00:20Menerusi hantaran DX, Ruta berkata, tindakan melulu Rusia membahayakan dan mendakwa kesan perang pencerobohan haram Rusia tidak terhenti di sempadan.
00:30Bercakap kepada Presiden Romania, Nikusor Dan, beliau berkata pihaknya memberi jaminan kepada Romania tentang solidariti penuh NATO dan menyampaikan simpati
00:38kepada mereka yang cedera dalam insiden itu.
00:41Kata Ruta lagi, Pakatan itu akan terus meningkatkan kesiapsagaan untuk menghalang dan mempertahankan diri daripada sebarang ancaman termasuk drone.
00:50Beliau juga menyeru supaya perang ditamatkan dan menyatakan sokongan berterusan NATO terhadap Ukraine.
00:56Dalam perkembangan sama, Markas Tertinggi Operasi Ketenderaan NATO Ship turun memalukan kemungkinan langkah pertahanan tambahan sedang dipertimbangkan ekoran insiden.
01:05Kedua-dua kenyataan dibuat, susulan insiden serangan drone yang dilaporkan merempuh sebuah bangunan kediaman di bandar Galati, Romania yang terletak
01:14berhampiran sempadan Ukraine,
01:15menyebabkan kerosakan besar dan mencederakan dua mangsa.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments