Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat, dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa dengan merujuk laman sesawang rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia meramalkan cuaca signifikan di beberapa kawasan di Barat Sabah, wilayah Persekutuan Labuan dan Utara Sarawak.
00:09Ia susulan penumpuan angin barat kencang yang dijangka berlaku dari 30 Mei hingga 1 Jun ini.
00:16MAD Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat maklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora selain pembentukan garis badai
00:25yang dijangka membawa cuaca lebih lembab serta berangin kencang di kawasan perairan terlibat.
00:32Sehubungan itu, MAD Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut Cina Selatan serta perairan Selat Melaka Utara
00:39berkuatkuasa hingga 1 Jun ini.
00:41Orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa.
00:49Ini dengan merujuk laman sesawang rasmi www.mad.gov.my, media sosial rasmi MAD Malaysia dan aplikasi MyCuaca bagi mendapatkan
00:59maklumat terkini serta sahih.
Comments

Recommended