00:00Jumlah populasi Jepun termasuk penduduk warga asing mencecah 123.05 juta pada 2025 turun sebanyak 3.1 juta berbanding 2020.
00:12Angka itu sekaligus mencerminkan tekanan demografi dihadapi negara dengan masyarakat yang kian menua itu.
00:20Data awal dikeluarkan kemencian hal ewal dalam negeri dan komunikasi pada Jumaat menunjukkan setakat 1 Oktober 2025 jumlah penduduk Jepun
00:29adalah seramai 123.05 juta orang iaitu penurunan sebanyak 3.09 juta orang atau 2.5% berbanding bancian tahun
00:402020.
00:40Sejak bancian 5 tahun sekali itu dimulakan pada 1920, populasi Jepun menurun untuk 3 bancian berturut-turut selepas merekodkan kejatuhan
00:51pertamanya pada 2015.
00:53Kadar penurunan itu turut meningkat berbanding 0.7% dalam bancian sebelum ini kepada paras rekod tertinggi.
01:01Kementerian itu mengaitkan kemerusutan populasi berkenaan dengan faktor masyarakat menua serta jurang penurunan semula jadi yang semakin melebar menyaksikan kadar
01:10kematian mengatasi kadar kelahiran.
01:13Memandangkan tren demografi ini dijangka berterusan, kerajaan Jepun kini berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk mencari jalan bagi mengekalkan komuniti
01:22wilayah dan kekuatan ekonomi.
01:24Mengikut wilayah hanya Tokyo dan Okinawa yang mencatatkan pertumbuhan penduduk berbanding tinjauan sebelum ini.
01:31Antara 45 wilayah yang mengalami penurunan populasi, Hokkaido merekodkan kemerusutan terbesar dengan pengurangan 239,000 orang diikuti Shizuoka dan Hyogo.
01:44Angka akhir bancian berkenaan dijadualkan dikeluarkan menjelang September tahun ini.
Comments