Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap masyarakat antarabangsa yang disifatkan hipokrit dalam isu Palestin dan Lubnan, sambil menggesa perpaduan negara-negara Islam diperkukuh bagi menghentikan keganasan serta ketidaktentuan geopolitik global.
Transcript
00:00Sikap masyarakat antarabangsa yang disifatkan hipokrit dalam mendepani isu penindasan di Gaza dan Selatan Lubnan diselar oleh Perdana Menteri Datuk
00:09Seri Anwar Ibrahim.
00:10Beliau menggesa agar perpaduan negara-negara Islam diperkukuh bagi menghentikan kezaliman yang berterusan.
00:18Kita lihat umat Islam terutamanya di Gaza, Selatan Lubnan itu menimpa malapetaka kezaliman Zionis Israel dan keterlaluan.
00:34Jadi kita tentunya terkesan. Saya aneh betul.
00:40Maksudnya masyarakat antarabangsa ini kita nak harap, Eropa, Amerika itu nak harap untuk meletakkan semangat demokrasi, keadilan itu saya ingat
00:50pupus sama sekali.
00:52Sebab yang nyata bila dizalimi orang-orang Palestine, Gaza dan Selatan Lubnan itu hampir tidak beri kesan berapa maruah di
01:08dunia ini dan prinsip.
01:09Jadi sebab itu saya selalu dikatakan bahawa ini ciri kemunafikan, hipokrisi dunia barat yang boleh mengizinkan.
01:18Bayangkan kalau ini berlaku ke atas orang Yahudi.
01:22Saya tidak mendukung yang sebegian.
01:27Tapi saya nak tunjuk bahawa kemarahan kita itu sebab kezaliman itu berterusan.
01:33Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur.
01:38Katanya semangat demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan negara Eropah dan Amerika Syarikat seolah-olah tidak lagi terpakai apabila melibatkan
01:48isu Palestine dan Lubnan.
01:49Beliau juga memaklumkan telah berhubungi beberapa pemimpin dunia bagi menyatakan pendirian Malaysia serta menggesa kerjasama serantau dalam kalangan negara Islam.
01:59Anwar menegaskan Malaysia akan terus mempertahankan prinsip keadilan serta menyuarakan isu penindasan rakyat yang tertindas di seluruh dunia.
02:09Terima kasih.
02:10Terima kasih.
Comments

Recommended