Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa pembentukan satu gabungan negara bebas bersama Indonesia bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kuasa besar dunia dalam sektor pengeluaran dan pemprosesan mineral kritikal.
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa pembentukan satu gabungan negara bebas bersama Indonesia bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kuasa besar dunia dalam
00:10sektor pengeluaran dan pemprosesan mineral kritikal.
00:13Memetik Jakarta Globe perkara itu dinyatakan Macron ketika menerima kunjungan Presiden Indonesia Prabowo-Subianto sempena lawatan negara pemimpin Republik itu
00:22ke Paris baru-baru ini.
00:25Dalam sidang media bersama di Istana Elysee, Macron menegaskan dunia memerlukan pendekatan baharu yang tidak terlalu bergantung kepada dua ekonomi
00:36terbesar dunia, dipercayai merujuk kepada Amerika Syarikat dan China.
00:40Ujarnya, Perancis dan Indonesia perlu memperkukuh kerjasama strategik melalui pembentukan gabungan negara berdaulat yang mahu terus berdagang secara terbuka tanpa
00:52bergantung sepenuhnya kepada mana-mana kuasa besar.
00:56Dalam pada itu, beliau menyifatkan Indonesia sebagai rakan penting Perancis di rantau Indo-Pasifik khususnya menjelang pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi
01:06Komprehensif atau CEPA antara Indonesia dan Kesatuan Eropah EU yang dijangka berkuat kuasa awal tahun depan.
01:14Perjanjian itu dijangka membuka peluang perdagangan lebih luas melalui pengurangan tarif serta mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih konjusif kepada syarikat
01:25Eropah.
01:26Sementara itu, Prabowo berkata hubungan dua hala Jakarta-Paris kini berada pada tahap terbaik dan berharap Perancis serta Eropah dapat
01:36memainkan peranan lebih besar dalam lanskap dunia multipolar.
01:40Malah Prabowo juga berharap Perancis dan Eropah memainkan peranan lebih besar supaya kita dapat bekerjasama dalam dunia multipolar.
Comments

Recommended