00:00Melepasi tempoh kritikal 72 jam sejak dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, pasukan penyelamat percaya, pendaki wanita Jaslinda Saludin mungkin
00:11akan mencari sumber air untuk meneruskan survival.
00:16Menurut pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak, Datuk Sayani Saidun, berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun dalam pendakian, termasuk
00:25kali kedua di Gunung Batu Putih,
00:28mangsa mungkin mencari sumber air dari sungai air busuk di pos musuh.
00:35Sayani menjelaskan makanan dan perkakasan yang dibawa mangsa juga sangat terhad iaitu 2 botol air dan 2 kurma yang mungkin
00:44menyebabkannya semakin lemah selepas tempoh kritikal 72 jam.
00:49Setakat ini perancangan kami, pasukan penyelamat adalah untuk meneruskan sah kami secara berperingkat, besok kita akan fokuskan sah kita ke
01:02pencarian di sekitar sungai air busuk.
01:04Sebab kemungkinan beliau akan turun ke situ.
01:07Sebab ini dimaklumkan bahawa Jaslinda ni ada pengalaman pertama menaiki Gunung Batu Putih dan kita percaya dengan pengalaman dia yang
01:17ada tu, kalau untuk di sebelah tu, kemungkinan besar dia akan turun ke sungai tu untuk dia mencari air lah.
01:23Menurut Sayani, sepanjang operasi mencari dan menyelamat SAR yang dijalankan, pasukan penyelamat mengalami kesukaran kerana jarak serta ketinggian antara puncak
01:34gunung dengan laluan yang mencabar.
01:36Tambahnya keadaan itu menyebabkan masa perjalanan antara lokasi-lokasi memakan masa berjam-jam, walaupun jaraknya hanya sekitar 1.5km.
01:46Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan 2 malim gunung perhutanan memudahkan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi 23
01:56Mei menerusi laluan pos gedung Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih, Kuala Woh.
02:01Mangsa dan seorang lagi pendaki Muhammad Hanafi Nikmat mengalami masalah kesihatan dan berhenti.
02:06Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada 7.30 pagi Ahad.
Comments