Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Amerika Syarikat mula melaksanakan sekatan penuh ke atas kapal ke pelabuhan Iran ketika rundingan damai dijangka disambung. Langkah itu susulan sekatan Iran di Selat Hormuz yang menjejaskan bekalan tenaga global.
Transcript
00:00Sementara itu, sekatan oleh Amerika Syarikat ke atas kapal yang berkunjung ke pelabuhan Iran bermula penuh pada selasa.
00:07Perkembangan ini dilaporkan ketika usaha rundingan untuk menamatkan perang antara Amerika Syarikat dan Iran dijangka disambung semula di Islamabad minggu
00:15ini.
00:17Rundingan tertinggi antara kedua negara sejak revolusi Islam 1979 pada hujung minggu sebelum ini tidak mencapai sebarang persetujuan.
00:25Ia menimbulkan kebimbangan terhadap perjanjian gecata-sejata yang masih berbaki seminggu.
00:31Namun sumber yang terlibat berkata kedua pihak mungkin kembali berunding seawal hujung minggu ini selepas satu carangan dikemukakan untuk menghantar
00:38semula delegasi masing-masing.
00:40Sejak perang bermula pada 28 Februari, Iran mengehadkan laluan di Selat Hormuz dan hanya membenarkan kapal tertentu melalui kawasan tersebut
00:48dengan kawalan serta bayaran.
00:50Sekatan itu memberi kesan besar kerana hampir 1.5 bekalan minyak dan gas dunia melalui laluan tersebut.
00:56Sebagai tindak balas, tentera Amerika Syarikat mula menyekat pergerakan kapal masuk dan keluar dari pelabuhan Iran sejak Isnin.
01:03Iran pula mengancam akan menyerang kapal tentera laut yang melalui selat itu serta mengambil tindakan balas terhadap pelabuhan di Rantau
01:10Teluk.
Comments

Recommended