Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tentera AS melancarkan serangan pertahanan ke atas Iran, menembak jatuh dron dan menyerang stesen kawalan di Bandar Abbas. Insiden berlaku ketika rundingan belum dimuktamadkan dan ketegangan terus memuncak di Selat Hormuz.
Transcript
00:00Dan sebelum isiden tembakan amaran, Tentera Amerika Syarikat dilaporkan melancarkan serangan pertahanan baru ke atas Iran pada Rabu.
00:07Menurut Tentera Amerika, pasukan Komando Pusat menembak jatuh empat drone serangan satu hala milik Iran yang dianggap mengancam kawasan sekitar
00:15Selat Hormuz.
00:19Tentera Amerika juga melancarkan serangan ke atas sebuah stesen kawalan darat Iran di Bandar Abbas yang dipercayai sedang bersedia untuk
00:26melancarkan sebuah lagi drone.
00:27Perincian serangan itu didedahkan selepas Presiden Donald Trump dalam mesyuarat kabinet pada hari yang sama.
00:33Dalam mesyuarat itu, Trump optimis pentadbirannya sedang mencapai kemajuan dalam usaha damai walaupun rundingan masih belum dimuktamadkan.
00:40Menurut beliau, matlamat utama Amerika Syarikat adalah untuk mencapai persetujuan yang dapat membuka semula Selat Hormuz dan mengurangkan keupayaan nuklear
00:49Iran.
00:50Beliau juga mendakwa Iran tiada sebarang kelebihan dalam rundingan ketika ini.
00:54Trump dalam hari itu akui pilihan raya separuh penggal November di Amerika Syarikat tidak akan memaksanya mempercepatkan perjanjian untuk menambahkan
01:02konflik yang telah berlarutan hampir tiga bulan.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended