00:00Peranan ibu bapa dilihat sangat penting dalam melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian.
00:08Pakar menegaskan walaupun kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah, pengawasan di rumah tetap menjadi benteng utama.
00:17Pakar Psikologi Fawziah Muhammad Sa'ad dari Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata
00:23akses internet tanpa kawalan sejak kecil meningkatkan risiko kanak-kanak menjadi mangsa.
00:30Ramai ibu bapa juga didapati memberi gadget tanpa memantau penggunaan anak.
00:35Menurutnya, kanak-kanak sering tidak memahami risiko sebenar di internet termasuk bahaya berkongsi maklumat peribadi.
00:44Ini membuka ruang kepada pelaku untuk mendekati mangsa melalui media sosial, permainan dalam talian dan aplikasi sembang.
00:54Sementara itu, pakar psikologi kanak-kanak Nur Aisyah Rosli dari CPC International dan Salam Senawang Specialist Hospital
01:02berkata pemangsa biasanya menggunakan pendekatan emosi untuk memanipulasi kanak-kanak sebelum mengeksploitasi mereka.
01:12Beliau menabah ibu bapa dan sekolah juga perlu bekerjasama memastikan kanak-kanak memahami batas diri
01:18serta mangsa mendapat sokongan emosi bagi mengelakkan trauma berpanjangan.
01:23Zahra Alamiya Syahir, FMT
Comments