00:00Keputusan Rafizi Ramli dan Nik Nazmini Ahmad meninggalkan PKR
00:04serta menubuhkan parti bersama Malaysia atau bersama
00:07dilihat berpotensi mengubah landscape politik negara menjelang PRU-16.
00:12Penganalisis berpendapat langkah itu mungkin memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional atau PN.
00:17Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Shaza Syukri berkata
00:22bersama berpotensi memecahkan undi-pengundi progresif
00:25dan bukan Melayu yang sebelum ini banyak menyokong Pakatan Harapan atau PH.
00:30Menurut beliau keadaan itu boleh membuka peluang kepada PN
00:34memenangi lebih banyak kerusi campuran jika gabungan itu berjaya
00:38mengekalkan sokongan kuat pengundi Melayu terutama di kawasan marginal.
00:43Shaza turut berkata strategi penting buat PN ialah membina kerjasama politik lebih awal
00:48dengan gabungan seperti GPS, GRS dan juga PN
00:52terutama jika PRU-16 sekali lagi menghasilkan parlimen tergantung
00:56seperti pada tahun 2022.
00:59Sementara itu, penganalisis dari Universiti Sains Malaysia,
01:03Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata PN perlu menampilkan imej lebih inklusif
01:08dan meluaskan pengaruh di luar kubu tradisional Melayu
01:11jika mahu meningkatkan peluang membentuk kerajaan persekutuan
01:14pada pilihan raya akan datang.
Comments