00:00PKR Johor tidak akan terheret dalam politik dendam atau polemik tidak membina, kata ketuanya Dr. Zaliha Mustafa, selepas beberapa bekas
00:10pemimpin dan ahlinya meninggalkan parti untuk mempawa haluan politik baharu.
00:16Beliau berkata keputusan ahli meninggalkan PKR tidak patut disertai tuduhan melulu yang boleh mengelirukan ahli parti dan rakyat.
00:25Terdahulu, beberapa bekas pimpinan PKR Johor dilapor menubuhkan jawatan kuasa sementara parti bersama Malaysia atau bersama.
00:34Pengerusi jawatan kuasa sementara bersama Johor, Abdul Hamid Ali dilaporkan berkata, mereka meninggalkan PKR kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan dan
00:44proses pemilihan parti.
00:46Zaliha turut menolak dawaan ribuan ahli PKR akan keluar parti untuk bersama kumpulan terbabit.
00:53Tegasnya PKR tidak berpolitik dengan angka dicanang untuk mencipta persepsi, sebaliknya berpegang kepada fakta kerja lapangan dan kekuatan sebenar di
01:03akar umbi.
01:04Beliau berkata PKR tetap fokus kepada usaha memperkukuh organisasi, merapatkan saf perjuangan dan memastikan kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik akan datang.
Comments