00:00Presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin cuba mendesak kemasukan Ahli Parlimelarut Hamzah Zainuddin dan penyokongnya dalam Perikatan Nasional atau PN
00:10dengan memberi kata dua kepada bersatu, kata penganalisis.
00:14Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, ketidaksenangan Hadi terhadap bersatu yang menutup pintu kepada parti atau kumpulan baru ke PN
00:23boleh difahami kerana gabungan itu memerlukan kekuatan tambahan dalam berdepan PRU-16.
00:30Katanya PAS mungkin percaya Hamzah boleh membawa kekuatan akar umbi, pakar dalam strategi politik dan pengalaman pentadbiran yang kelebihan seperti
00:39itu tidak ada pada ramai pemimpin bersatu.
00:42Sementara itu Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, rasa tidak puas hati PAS terhadap bersatu sudah lama wujud tetapi kenyataan
00:51Hadi kali ini menunjukkan masalah itu semakin serius.
00:55Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula tidak menolak kemungkinan penjajaran baharu PN mungkin menyaksikan Hamzah dan kumpulannya menjadi rakan
01:05utama PAS.
01:06Manakala Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berhujah yang PAS membuat pertimbangan, mengkaji semula hubungan dengan bersatu selepas menyedari
01:17masalah banyak dihadapinya.
01:19Kerja Juno, FMT
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments